Petua Rawat Batuk Secara Semulajadi Dengan Bawang Holland & Madu

Share

Normal kita sebagai orang dewasa, apabila batuk, pasti kita akan merawatnya dengan makan ubat batuk.

Namun menerusi perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar, sakit batuk boleh diusahakan melalui rawatan alternatif secara semulajadi.

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.

Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.

Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.

Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.

Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.

CARANYA:

1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.


6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara automatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Ambil satu sudu

dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.

Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.

Kredit: DrRizal Abu Bakar

Dapatkan lebih banyak petua dapur di laman web Rasa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN