Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized Petua Nak Dapatkan Telur Rebus Yang Senang Kupas Dan Licin Cantik. Semudah...

Petua Nak Dapatkan Telur Rebus Yang Senang Kupas Dan Licin Cantik. Semudah ABC

Petua Nak Dapatkan Telur Rebus Yang Senang Kupas Dan Licin Cantik. Semudah ABC

Telur rebus memang mudah nak dimasak. Tetapi tatkala kulitnya dikupas, ada yang melekat pada isi. Hasilnya, telur rebus menjadi menggerutu dan nampak kurang menarik.

Bagi mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh dicuba. Caranya mudah sahaja. Jom lihat langkah-langkah yang perlu anda buat:

 

CARA KUPAS TELUR REBUS DENGAN MUDAH & CANTIK SEMPURNA

IKLAN

 

1.Basuh telur dan rebus seperti biasa.

2.Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.

IKLAN

3.Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.

4.Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.

IKLAN

 

Selamat mencuba!

 

Kredit petua & gambar: Habibah Badar Bajrai

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI