Petua Menghasilkan Kentang Goreng Rangup

Share

Pernahkah anda mengalami keadaan kentang goreng yang anda masak menjadi lembik walaupun baru je lepas angkat dari dapur? Pasti rasa kecewa. Untuk menghasilkan kentang goreng yang tidak lembik, terdapat beberapa tips yang boleh anda ikuti.

1. Pertama, ketika membeli kentang, pilihlah ubi kentang dengan permukaannya yang baik dan licin.

2. Setelah dikupas dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, rendam hirisan ubi kentang di dalam air sejuk sekitar 30 minit atau lebih bila perlu. Air sejuk dapat membantu menjaga tekstur ubi kentang saat digoreng nanti.

3. Setelah direndam, angkat kentang dan toskan. Pastikan ubi kentang benar-benar kering atau tidak terlalu banyak air. Kemudian salut nipis dengan tepung jagung. Tepung ini mampu menyerap kelembapan kentang dan kentang akan lebih sedap. Goreng secara ‘deep fried’.

IKLAN