Mengatasi masalah tikus berkeliaran di dapur memang bukan kerja mudah. Bermacam-macam petua dan cara digunakan tapi haiwan ini tetap ada.
Memang ada cara mudah untuk menghapuskan tikus iaitu menggunakan racun tapi kita pula rasa tak selamat. Ada juga yang cadang cara guna daun kari, daun pandan atau daun sirih tapi tak juga berkesan.
Jika langkah di atas sudah dicuba, mungkin boleh mempraktikkan cara guna kulit telur dan lada hitam pula untuk hindar tikus memasuki masuk rumah. Caranya mudah dan murah juga.
Petua halau tikus guna kulit telur
Caranya:
1. Basuh dan keringkan kulit telur.
2. Tumbuk atau kisar halus menjadi serbuk.
3. Tabur di penjuru dan sekitar rumah.
4. Selebihnya simpan dalam botol.
Cara ini bukan hanya tikus, malah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun tiada.
Tabur lada hitam untuk halau tikus
Kenal pasti laluan haiwan ini di dapur dan tabur saja lada hitam atau serbuk lada hitam di luar kawasan lubang tikus. Cara ini boleh membuatkan hidung tikus terganggu dan membuatkan haiwan ini menjauhi kawasan dapur.
Cara simpan daun bawang dan ketumbar ini dah boleh kita praktikkan sekarang sebab minggu depan kita akan menyambut hari raya haji. Jika lambat beli, tak mustahil semua daun-daun ini habis di pasar.
Bagi memastikan kedua daun ini tahan lama, cara yang dikongsi oleh Nuha Sein boleh kita praktikkan. Ini kerana daun ini jika silap cara simpan daunnya akan jadi lembik dan buruk.
1. Pilih daun bawang dan ketumbar yang masih segar. Cuci dan potong bahagian yang rosak atau sudah layu.
2. Ambil akar daun bawang dan ketumbar, balutkan dengan tisu yang telah dibasahkan. Ini penting untuk menjaga kelembapan pada akar agar ia terus segar.
3. Sediakan aluminium foil, setelah akar dibalut dengan tisu, balut pula dengan aluminium foil tadi.
4. Letakkan daun bawang dan ketumbar yang telah dibalut dalam plastik bungkus. Ini akan membantu menyimpan kelembapan dan memastikan daun tidak kering atau layu terlalu cepat.
Cara ini akan memastikan daun bawang dan ketumbar boleh tahan lama, bahkan boleh bertahan hingga dua minggu atau lebih. Kalau pandai jaga, sebulan pun boleh! Tak perlu lagi beli setiap minggu.
Selain itu, tak perlu juga kita keluarkan duit lebih untuk beli bahan yang kadang-kadang harga boleh melambung Ketika perayaan.
Untuk memasak pulut kuning, biasanya kita perlu merendam beras pulut sebelum dikukus. Ia bagi memastikan pulut kuning yang dimasak menjadi sempurna. Namun ada dikalangan kita yang tak ada periuk kukusan untuk masak hidangan ni. Hmm…Usah risau. Anda masih lagi boleh buat pulut kuning. Bahkan versi ini juga lebih mudah. Jom lihat cara-caranya menerusi perkongsian dari saudari FaidhatulArfah Ahmad ini.
Hi ! Arfah nak share dengan korang cara masak pulut yang paling senang, simple di abad ini. Tak payah nak pening kepala nak rendam pulut dulu 2 jam. Rebus air kukus etc. Tak sampai 40 minit pulut dah boleh makan dengan riangnya ahahahaha.
CARA MASAK PULUT TANPA KUKUS DAN TAK PERLU RENDAM TERLEBIH DAHULU
1. Ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan cucikan dan masukan ke dalam kuali.
2. Masukan air ke dalam kuali banyak manapun takpe ikut suka uols dan bukakan api. Boleh letakan pewarna kuning / serbuk kunyit atau biarkan warna putih sahaja, terpulang yaa. Kemudian gaul-gaulkan pulut tersebut, jika korang letak pewarna tujuanya supaya warna itu nanti kena sekata pada keseluruhan pulut kite itu.
3. Pastikan tunggu sehingga air rebusan pulut tu betul-betul mendidih / mengelegak terus tutupkan api. Apabila air rebus pulut sudah mendidih jangan biar terlalu lama sangat yaa takut pulut kembang nanti apabila kita nak masak dalam rice cooker.
4. Kemudianya, tapiskan pulut kite tu, buangkan air rebusan tadi. Sebab kite taknak guna air dah.
5. Masukan pulut kite ke dalam rice cooker. Jika tak nak santan tak payah letak santan dan tidak perlu tambah langsung air okeh . Tapi arfah buat pulut santan. Santan tu letak bersama sedikit garam kemudian gaulkan dengan pulut kite tadi agar sebati. Santan tu letak betul-betul paras pulut sahajaa atau kurang dari paras pulut yee, jangan sampai pulut tengelam dengan santan sebab takut nanti pulut kite tu lembik pulak kang.
6. Kemudianya, masak di dalam rice cooker sehingga rice cooker dari button “cooking” menjadi, “keep warm”. Dalam 10 minit – 15 minit cenggitu, bergantung jugak kepada berapa banyak pulut kita masak.
7. Bila pulut dah masak / button keep warm yeaahh masa itu uols letakan gula dan gaul-gaulkan rata. Kemudianya tutupkan sekejap periuk rice cooker kite tu semula, tapi tak payah lama sangat. Tujuan letak gula itu nanti cantik elok je pulut kite berkilat gojess hihihi . Anddd, pulut anda sudah siap & boleh di makan dengan bahagianyaaaaa.
InsyaAllah, kalau korang masak pulut mengunakan kaedah ini walaupun pulut tidak di rendam dahulu. Tetapi, pulut akan masak elok, tidak kembang dan tesktur pulutnya cantik dan sangat-sangat menjimat masa.
Setengah orang suka jugak kan masak pulut di dalam rice cooker kalau nak cepat, tetapi yg versi kene sukat air tu kan, kalau tak pandai nak agak sukatan kuantiti air memang pulut akan kembang hihihi :’).
Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat dan selamatt mencuba guys ⚘.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekarang, harga buah cempedak memang mahal dan harganya lebih kurang macam durian dah. Sebiji cempedak saiz sederhana, harganya mampu mencecah RM20-Rm30. Begitu juga kalau beli yang dah siap digoreng. Ada yang jual RM1 untuk seulas. Mahal tu!
Kalau nak puas makan, kenalah beli sebiji dan goreng sediri di rumah. Tapi macam mana nak tahu cempedak yang kita pilih tu mempunyai isi manis, masak dan sedap? Yelah, kulitnya tebal. Kalau cium bau pun, belum tentu lagi isi dalamnya masak. Ha…ini ada lima panduan memilih buah cempedak yang sempurna. Anda bolehlah cuba nanti.
TIP PILIH BUAH CEMPEDAK YANG MANIS, SEDAP & SEMPURNA
1. KULIT SEMPURNA
Perkara pertama yang perlu dilihat masa pilih buah cempedak ialah keadaan kulinya. Pilih buah yang berkulit elok tanpa ada lubang atau kesan gigitan serangga atau haiwan. Ini kerana dibimbangi isi cempedak tidak elok, masam serta berulat.
2. BUAH BERWARNA KUNING
Cempedak yang masak serta matang mempunyai kulit yang berwarna kuning kehijauan. Jika warna cempedak yang dijual masih banyak hijau berbanding kuning, elakkan yang sedemikian kerana isi dalamnya pasti belum masak sempurna dan mempunyai rasa hambar. Selain warna kulit, lihat juga keadaan tangkainya. Pilih buah yang tangkainya berwarna coklat kerana ia menunjukkan buah tersebut berkualiti bagus.
3. DURI TUMPUL & MELEBAR
Masa pilih buah tu, sentuh permukaan kulit cempedak dan lihat durinya. Kalau duri cempedak tu rasa tumpul dan bentuk dia melebar, maksudnya buah tu memang dah masak. Cara ni juga anda boleh guna untuk buah nangka.
4. TEKAN KULIT
Selain merasa duri, anda juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan. Jika masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Sebaliknya pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
5. BAU WANGI
Sama seperti durian, cempedak yang masak serta manis boleh dicari menerusi baunya. Kena buah yang elok, dari jauh dah boleh bau kemanisannya. Sebenarnya cempedak yang separuh matang juga mengeluarkan aroma. Cuma bezanya, cempedak yang betul-betul masak mengeluarkan bau yang sangat kuat. Oleh itu, masa pilih buah, jangan ambil yang wangi sahaja. Kena pilih yang betul-betul wangi tau. Barulah puas hati!
6. PILIH BUAH BERAT
Disebabkan harganya yang mahal, ramai yang memilih buah yang kecil dan sedikit ringan. Hati-hati! Kerana anda berkemungkinan beli buah yang kosong dan tidak berisi. Sebaliknya, pilihlah buah yang berat dan ada ciri-ciri seperti diatas. Barulah puas hati dengan isinya.
Buah cempedak ni beli mahal kan? Jadi, selain dimakan isinya, kulitnya jangan dibuat. Boleh buat Jeruk Kulit Cempedak atau dikenali juga sebagai mandai. Goreng dengan cili dan bawang memang sedap! Jom cuba.