Petua Elak Biskut Melekat Pada Acuan Yang Baru Dibeli.

Share

Di musim perayaan ni, pasti ramai yang tengah rajin buat biskut raya kan? Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan digunakan terus akan menyebabkan doh biskut melekat dan susah dikeluarkan dari acuan lebih-lebih lagi biskut yang kita kena bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar.

Contohnya seperti acuan biskut kapal, tat, biskut lidah kucing dan sebagainya. Untuk atasi masalah ini, berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan:

 

CARA ELAK BISKUT MELEKAT PADA ACUAN

1.    Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.

2.    Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.

3.    Kemudian susun di dalam tray pembakar dan masukkan seketika ke dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120C selama 15 minit.

4.    Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan.

 

 

 

IKLAN