Petua Buat Tapai Pulut Elok Kejadian, Basuh Beras Pulut Sampai Jernih Airnya

Share

Ada yang suka makan tapai tapi tidak tahu membuatnya. Kalau teringin pun pasti membelinya. Nak membuat tapai ni perlu tahu caranya. Boleh ikut petua yang dikongsikan ini. Petuanya kena basuh beras pulut hingga betul-betul bersih sampai jernih airnya. Masuk peti ais dulu bagi sejuk baru best makan.

 

Tapai pulut

 

Bahan-bahan:

1 kilo beras pulut

1 biji ragi

1 sudu gula

Daun pisang

Cara membuat:

1.Beras pulut basuh hingga bersih dan rendam 2 jam. Kukus pulut sehingga betul-betul masak. Kalau pulut keras lagi, renjis-renjis air dan balik-balikkan pulut tu. Kukus lg sehingga masak

2.Bila pulut dah masak sejukkan pulut dalam dulang dan ratakan.

3.Tumbuk sebiji ragi dan satu sudu gula( ni petua buat tapai rasa manis dan tidak masam)

4.Tabur ragi atas pulut yang disejuk tadi dengan penapis teh

5.Kacau-kacau pulut tadi bagi ragi mesra dalam pulut.

6.Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan dalam bekas kecil-kecil.

7.Simpan tapai yang siap dibungkus dalam tempat gelap contohnya kabinet dapur.

8.Buka selepas 2 hari InsyaAllah tapai dah masak dan boleh dimakan.

*Kalau ragi tu cepat bertindak tak sampai 2 hari tapai dah masak.

Kredit: Rozie Mnor

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN