Ada masalah untuk mencuci microwave atau ketuhar gelombang anda? Jangan bimbang, petua ini membantu anda dengan mudah sekali. Hasilnya pasti menakjubkan anda.

Isikan air dalam mangkuk (separuh mangkuk sahaja) kemudian perahkan  jus lemon ke dalamnya atau dua biji limau nipis.

Seterusnya masukkan mangkuk tersebut di dalam microwave. Hidupkan suis selama tiga hingga lima minit, kemudian tutup semula suis dan biarkan mangkuk dalam microwave selama  satu kedua minit, baru buka penutup microwave.

Keluarkan mangkuk, lalu bersihkan microwave dengan mengelap segala kotaran yang melekat dengan mudah. Termasuk cermin  penutup microwave.