Petua Bantu Legakan Batuk, Minum Air Rebusan Daun Pokok Lemuju

Share

Batuk adalah salah satu masalah kesihatan yang sangat membebankan. Apabila kita batuk, banyak urusan rutih seharian yang tergendala. Lagi-lagi zaman pandemik seperti sekarang. Asal batuk sahaja, mesti orang sekeliling pandang kita seolah-olah kita pembawa virus itu.

Melalui blog, Nina Mirz

a memberikan petua melegakan batuk tanpa perlu ambil ubat batuk. Hanya menggunakan herba yang dinamakan pokok lemuju atau juga dikenali sebagai pokok bangun-bangun.

Daun pokok lemuju jika dimakan begitu sahaja, rasanya berangin seperti mint.

Jom kita lihat resipi membuat air rebusan daun lemuju bagi bantu redakan batuk.

AIR REBUSAN DAUN LEMUJU

BAHAN-BAHAN
5 helai daun lemuju
4 cawan air

CARA MEMBUAT
1. Basuh bersih dahun lemuju.
2. Dalam periuk, masukkan air dan daun lemuju.
3. Rebus sehingga mendidih.
4. Biarkan sejuk dan minum ketika air rebusan suam.

Selain direbus daunnya, boleh juga buat seperti di bawah.
1) Ramas daunnya sehingga keluar air. Minum airnya.
2) Carik-carikkan daun lemuju, kemudan rendam dalam air panas. Minum airnya.
3) Kunyah sahaja mentah-mentah.
4) Hiris daun lemuju dan masukkan dalam telur untuk dijadikan telur dadar.

Sekian. Cubalah. Insya-Allah boleh bantu meningkatkan kesihatan.

Sumber: www.ninamirza.com

IKLAN