Perut Rebus Cicah Air Asam. Perghhh…Padu!

Share

Rasa masam dan pedas yang buka selera. Jika anda menggunakan perut lembu segar, pastikan ia dibersihkan dengan betul supaya kurang berbau.

 

BAHAN-BAHAN:

  • ½ kg perut lembu | bersihkan
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

 

AIR ASAM:

  • 150ml air asam jawa
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 5 biji cili padi | racik
  • 1 sudu makan perahan air limau nipis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama sedikit garam dan rebus perut yang telah dibersihkan tadi sehingga ¾ masak. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Untuk membuat air asam; Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Boleh tuang di atas perut ketika menghidang atau boleh gaul bersama perut sebelum menghidang.

 

 

IKLAN