Pertandingan Teh Tarik King & Queen Gegarkan Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Share

Suasana meriah di Rasa Layan Curry Fiesta 2025 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bertambah hangat dengan acara kemuncak, Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia. Acara ini berjaya mengumpulkan ramai pengunjung yang hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.

Sebelum acara bermula OKI Malaysia turut berbesar hati mengedarkan 100 cawan teh tarik yang dibancuh menggunakan OKI Krimer Manis Kopi & Teh Tarik dan juga OKI Krimer Sejat kepada pengunjung yang hadir.

100 cawan air teh tarik percuma yang dibancuh sendiri oleh Fakir menggunakan produk OKI

20 Peserta, Satu Gelaran Berprestij

Seramai 20 peserta terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita tampil berentap di pentas utama. Dengan masa hanya 2 minit setiap seorang, mereka dinilai berdasarkan gaya tarik, teknik, kelajuan dan kebersihan persembahan. Sorakan penonton tidak pernah berhenti apabila pelbagai gaya tarikan dipamerkan, menjadikan suasana lebih mengujakan.

Antara aksi teh tarik yang dipersembahkan oleh peserta

Peserta wanita pun tak kurang hebatnya!

Acara dimulakan dengan persembahan istimewa daripada Encik Fakir, bekas Juara Teh Tarik Malaysia. Aksi beliau yang penuh kemahiran menjadi tarikan utama sekaligus memberi inspirasi kepada para peserta sebelum pertandingan bermula.

Fakir dengan aksi teh tarik yang memukau penonton

Juri & Penaja Turut Hadir

Pertandingan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran barisan juri berwibawa termasuk Encik Fakir serta wakil penaja utama, Encik Alex Chiong, National Sales Manager OKI Malaysia. Kehadiran mereka bukan sahaja memberi kredibiliti, malah memperkukuhkan lagi peranan OKI dalam menyokong budaya teh tarik sebagai minuman warisan negara.

En Fakir dan En Alex Chiong selaku juri pada hari pertandingan

Sambil menanti keputusan, pengunjung turut menyertai kuiz interaktif mengenai produk OKI Krimer Manis Kopi & Teh Tarik. Soalan-soalan mudah tetapi menarik berjaya mencuri perhatian penonton.

Saat Dinanti: Pengumuman King & Queen Teh Tarik OKI 2025

Detik yang paling ditunggu akhirnya tiba apabila nama pemenang diumumkan. Wakil OKI Encik Alex Chiong, National Sales Manager dan Ms Chong Wan Pick, Marketing Manager bersama Puan Emma Masri Editor Pengurusan majalah RASA hadir ke pentas untuk menyampaikan hadiah. Pemenang tempat ketiga dan kedua menerima sorakan gemuruh, manakala juara lelaki dan wanita yang dinobatkan sebagai King & Queen Teh Tarik OKI

diraikan penuh meriah.

Juara kategori Lelaki dan Wanita masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta barangan OKI, pemenang tempat kedua pula memenangi hadiah wang tunai RM200 berserta barangan OKI, manakala tempat ketiga turut membawa pulang hadiah wang tunai RM100 berserta barangan OKI Malaysia.

Pemenang Pertandingan Teh Tarik King
Pemenang Pertandingan Teh Tarik Queen
Para peserta King & Queen Teh Tarik bergambar kenangan bersama pihak penganjur

OKI – Pilihan No.1 Untuk Teh Tarik Padu

Selain hiburan, pertandingan ini juga menjadi ruang memperkenalkan keistimewaan OKI Krimer Manis Kopi & Teh Tarik. Dikenali dengan buih lebih halus, rasa lemak berkrim dan pek praktikal pelbagai saiz, OKI sememangnya pilihan utama bagi menghasilkan teh tarik yang sempurna di rumah mahupun restoran.

Bukan itu sahaja, sepanjang lima hari fiesta berlangsung, pengunjung juga berpeluang singgah di booth OKI untuk menikmati minuman chocolate malt percuma. Inisiatif ini bukan sahaja menambah keceriaan suasana, malah memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri kelazatan produk keluaran OKI.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing singgah di Booth OKI untuk merasai sendiri keenakkan minuman Chocolate Malt

Kemeriahan di Booth OKI dengan kehadiran orang ramai yang tidak lepaskan peluang dapatkan minuman Chocolate Malt OKI

Dengan tagline “Say OK to OKI”, produk ini terus membuktikan peranannya dalam mengekalkan tradisi secawan teh tarik dan minuman berkrim yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia.

Published by
Azlin