Cara Potong Limau Nipis & Petua Mudah Banyakkan Perahan Jus.

Share

Pernahkah anda beli limau nipis tetapi bila nak perah jusnya, sedikit sahaja jus yang keluar? Sakit juga hati. Maklumlah, harganya pun boleh tahan mahal. Ada petua yang boleh anda cuba.

kredit: pxhere.com

Sekiranya anda ingin mendapatkan jus yang lebih banyak daripada sebiji limau, caranya mudah sahaja.

BAHAN-BAHAN:

  • Limau nipis
  • Air panas

CARA-CARA:

  1. Masukkan air panas ke dalam bekas.
  2. Kemudian masukkan limau nipis. Rendam kira-kira satu jam.
  3. Toskan air dan sedia untuk digunakan. Hasilnya, jus limau akan lebih banyak bila diperah.
  4. Selain itu, petua lain yang boleh dicuba ialah sewaktu beli limau nipis, pilih buah yang berkulit nipis dan lembut. Biasanya limau begini banyak airnya berbanding limau yang masih keras dan kulit seakan tebal apabila dipicit.

 

Jumlah jus limau juga bergantung kepada cara kita potong. Jika buah dipotong melintang, kemungkinan jus limau tak dapat keluar sepenuhnya apabila di perah. Malah kalau potong hingga ke bahagian biji, susah kot nak picit. Cuba cara ni. Mudah & jus pun keluar dengan banyak.

 

Mudah kan? Selamat mencuba!

IKLAN