Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahn seperti lemon memang lazat. Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan.
Bagi mak-mak yang nak buat sarapan untuk anak-anak, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
Ads
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Sirap Maple secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Tekstur agak kenyal
Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
PANCAKE MILO
Ads
Bahan – bahan:
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK :
1. Pecahkan telur dan kacau
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan untuk resepi pancake milo
3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.
5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap & terus angkat.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Ads
* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung.
* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas sedikit, tuang atas pancake.
Pancake Milo : Resipi dipetik dari Sheila Rusly
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi penduduk Sabah dan Sarawak, hidangan Brunei memang dekat di hati. Ni resipi ori dari Chef Fariburz Anak Kandau, yang berasal dari Limbang Sarawak. Idea bersama dengan bersama dua lagi tenaga pengajar Nadzirah Abdul Razak dan Wan Noraini Syuhada Mohamad dari Sg Academy, Kuala Lumpur.
Min dah rasa, memang sedap sungguh. Kalau melancong ke Brunei memang tak lengkap kalau tak menikmati lima hidangan ini. Jom cuba masak… tak perlu terbang ke sana.
1. NASI KATOK BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
Sepinggan nasi kukus
Bahan sambal (dikisar) :
6 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci @ 2.4sm halia
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi
40gm belacan | dibakar dahulu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Ikan bilis goreng sebagai hiasan
Bahan ayam goreng berempah :
500gm ayam | dipotong saiz sederhana
Daun kari 3 tangkai
20gm biji ketumbar | disangai dan dikisar
20gm jintan manis | disangai dan dikisar
200gm jintan kasar | disangai dan dikisar
3 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5sm @ 1 inci halia | dikisar
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak sambal :
1. Kisar semua bahan.
2. Panaskan minyak (2 sudu besar).
3. Masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Selepas itu, masukkan belacan kacau sehingga naik bau.
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Taburkan ikan bilis goreng di atasnya sebagai hiasan
Cara masak ayam goreng berempah :
1. Perapkan ayam dalam 3-4 jam dengan bahan-bahan yang dikisar.
2. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun kari ke dalam minyak
3. Goreng hingga empuk dan keperangan
4. Siap untuk dihidang bersama nasi.
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 1 jam 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi bungkus, Brunei
Keistimewaan : Hidangan ringkas yang dibungkus sekali nasi, sambal dan ayam
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Makanan pilihan harian ringkas yang boleh dijamu sebagai sarapan, makan tengahari atau pun makan malam
2. AYAM DALAM BULUH
BAHAN – BAHAN :
300gm ayam | dipotong kecil
1 batang bunga kantan | dihiris
Batang buluh secukupnya
1 ikat daun ubi
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
6 ulas bawang putih| ditumbuk
2 biji bawang merah | ditumbuk
2.5sm @ 1 inci halia | ditumbuk
2.5sm @ 1 inci kunyit |ditumbuk
1 helai daun kunyit | disiat
2 batang serai
Sedikit air
2 kiub ayam
CARA MEMASAK :
1. Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit ditumbuk.
2. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan tumbuk tadi.
3. Tumbuk serai masukkan dalam ayam tadi.
4. Siatkan daun kunyit dan bunga kantan, masukkan sekali.
5. Kemudian masukkan daun ubi disiat, gaul kesemua sehingga sebati.
6. Masukkan stok ayam(larutkan dulu dengan sedikit air) dan garam. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan ia diperap. Lebih lama lagi meresap rasanya.
7. Masukkan ayam yang sudah diperap ke dalam buluh (jangan sampai penuh sebab takut susah nak tutup) kemudian sumbat dengan daun ubi.
8. Bakar dengan api besar selama 45 minit kemudian sederhana sehingga masak.
9. Hidangkan.
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Semmering
Jenis masakan : Menu auntetik,Brunei
Keistimewaan : Cara penyediaan menggunakan buluh menjadikan menu auntetik ini unik
Anggaran kos : RM 15.00
INFO CHEF : Lebih sedap dipanggang menggunakan arang.
3. KELUPIS BRUNEI
BAHAN – BAHAN :
500gm beras pulut
500ml santan segar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Daun nyirik @ lerek| untuk membalut
CARA MEMASAK :
1. Beras pulut dicuci bersih dan toskan.
2. Masukkan santan dan garam dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
3. Masukkan beras pulut dan gaul sambil masukkan minyak masak sedikit-sedikit. Gaul sehingga sebati, kering dan berkilat.
4. Bungkuskan pulut dalam daun nyirik.
6. Kukus kelupis selama 1 jam
7. Angkat dan letak secara berdiri untuk keluarkan wap air.
8. Sedap dimakan dimakan bersama kuah kacang/rendang/kari ayam atau daging.
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pulut
Keistimewaan : Kelupis dibalut dengan daun nyirik @ lerek, rasanya seakan lemang
Anggaran kos : RM 8
Tips : Pastikan buang betul-betul wap air Ini penting untuk memastikan kelupis tahan lebih lama.
4. AMBUYAT DAN SAMBAL
BAHAN – BAHAN :
Bahan ambuyat :
500gm tepung sagu (halus)
500ml air panas mendidih
Bahan sambal (dikisar) :
6 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci @ 2.4sm halia
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi
40gm belacan | dibakar dahulu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Ikan bilis goreng sebagai hiasan
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak ambuyat :
1. Masukkan tepung sagu di dalam bekas dan tuangkan air panas.
2. Bancuh sagu dengan air panas, kacau sehingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat.
Cara masak sambal :
1. Kisar semua bahan.
2. Panaskan minyak (2 sudu besar).
3. Masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Selepas itu, masukkan belacan kacau sehingga naik bau.
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Taburkan ikan bilis goreng di atasnya sebagai hiasan
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Bancuhan air panas, sambal ditumis
Jenis masakan : Gantian nasi dan lauk utama
Keistimewaan : Sambal asal auntetik ialah sambal cacah tetapi boleh juga dihidang dengan apa jua sambal dan pelbagai jenis lauk lain
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Ambuyat biasanyadimakan menggunakan kayu penyepit yang dikenali sebagai candas ambuyat,dimakan dengan melilit ambuyat dicandas.
5. DAGING BELUTAK GORENG
BAHAN – BAHAN :
5 biji cili merah | dihiris nipis
10 biji cili padi | ditumbuk
5 biji bawang besar | dihirss nipis
1 kg bawang putih
1kg bawang merah | dikisar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
5gm halia| dihiris nipis
5gm serbuk kunyit
500gm daging | dihiris
200gm usus lembu (untuk disumbat daging belutak)
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Hiris daging belutak setebal setengah inci, kisar cili padi, bawang putih, dan bawang merah. Gaul sehingga sebati.
2. Panaskan kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau masukan daging belutak dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Kemudian masukkan halia, bawang besar dan cili besar yang dihiris nipis.
4. Perasakan garam dan gula kemudian biarkan seketika.
5. Cuci usus bersih. Kemudian masukan daging yang ditumis tadi kedalam usus tersebut (jangan sampai penuh supaya senang untuk diikat).
6. Ikat usus yang diisi tadi seperti sosej dan keringkan (sidaikan) di bawah sinar matahari selama 3 hari.
7. Bila nak masak, keluarkan daging dan goreng dalam minyak panas
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Brunei
Keistimewaan : Daging belutak rupanya seakan sosej, campuran daging dan bahagian lain yang digaul dengan rempah ratus dan disumbat dalam usus
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Sekiranya anda ingin cepat dan tiada masamasak daging belutak, boleh juga digantikan dengan sosej Kemboja (yang dah siap diproses).Rasanya beza sedikit,namun tetap sedap.
RESIPI : Pengajar :NADZIRAH ABDUL RAZAK, WAN NORAINI SYUHADA MOHAMAD & FARIBURZ ANAK KANDAU
Pelajar Sg Academy :SITI NUR IZZATI ABD ALAM & MOHAMAD SHAFIT SALLEH
Terima kasih : SG Academy, Lot D-00-03A, Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Biasanya kalau buat burger kita akan beli daging atau ayam burger sedia ada. Jom jadi rajin di dapur. Jangan malas beli frozen foods yang kebanyakannya tinggi kandungan lemak, garam & menggunakan bahan pengawet (preservatives). Rasanya juga lebih segar dan enak. Jika nak simpan secara sejuk beku (frozen), bakar patties separuh masak, sejukkan pada suhu bilik dulu baru dibalut dengan cling wrap dan sejukkan dalam bahagian freezer. Boleh disimpan hingga sebulan tanpa pengawet inshaallah.
BEEF PATTIES
Bahan-bahan:
400gm daging kisar (minced meat) 2 labu bawang besar – dadu kecil 1/2 cawan cincangan daun bawang 1/2 cawan serbuk roti (breadcrumbs) 2 biji telur 1 sudu teh Italian Herbs Powder 1 sudu teh Garlic Powder 1 sudu teh Onion Powder 1 sudu teh lada sulah 1/2 sudu teh serbuk lada hitam Garam secukupnya
1. Satukan daging kisar, bawang besar, daun bawang & serbuk roti di dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Masukkan telur dan gaul lagi.4. Masukkan semua bahan-bahan lain dan gaul sebati.
5. Kepal-kepalkan dan bentukkan seperti membuat bergedil (size ikut citarasa sendiri).
6. Cairkan sedikit mentega di dalam kuali leper non stick. Letakkan patties tadi dan masak hingga kedua-dua bahagian perang. Kemudian sambung bakar patties tadi dalam oven (200C) selama 10 minit. Ini untuk memastikan bahagian tengah patties masak. Enjoy!paties goreng
*Patties boleh dijadikan burger, sandwich atau dihidang sebagai main course yang di tambah black pepper sauce, salads, kentang putar, nasi, pasta, kentang goreng (chips) dll. *Selain daging lembu kisar, boleh tukar ke daging kambing, ayam atau udang. * Garlic Powder, Onion Powder, Italian Herbs Powder tu semua boleh beli dimana-mana supermarket bahagian bahan-bahan kering. Jenama apa pun boleh. * Selain serbuk roti yang kering, boleh juga guna roti putih yang dicincang halus. * Selain dijadikan patties, boleh juga dijadikan meatballs cuma perlu dikukus sedikit dalam 5 minit sebelum digoreng.
Kalau makan nasi di restoren mamak atau nasi kandar, sayur kubis tumis atau kubis goreng ini jadi sebahagian lauk yang kita akan ambil.
Warna kuningnya salah satu sebab buat kita terpanggil untuk kaut masuk pinggan. Selain itu kerangupannya kubis ini juga buat ia jadi tambah sedap.
Bagi yang teringin nak buat sendiri di rumah, boleh cuba ikut cara yang dikongsi oleh @Mayahkitchen.
Buat sendiri kubis tumis ‘Indian style’
Bahan-bahan
Kubis – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris nipis
Cili kering & cili api – dipotong
Segenggam daun kari
1 sudu kecil halba campur
1/2 sudu serbuk kunyit
Serbuk perasa
Daun ketumbar – dipotong
Cara membuat:
1.Panaskan minyak masak, masukkan 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih yang dihiris nipis.
2. Tumis hinggga layu, kemudian masukkan lada kering dan cili api yang dipotong. Tumis hingga bahan layu, guna api sederhana.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...