Peniaga Katering Kecil-Kecilan Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Madu Berempah, Makan Confirm Mengigau, Sedap Sangat!

Share

Salah satu menu yang paling laris jualannya bagi peniaga katering kecil-kecilan, Lyn Love ialah set nasi dengan lauk ayam goreng madu berempah. Justeru, ramai yang meminta resipi daripadanya.

“Saya tak kisah berkongsi resipi. Malah saya masukkan resipi tu di facebook saya. Semua boleh tengok dan cuba sendiri. Saya percaya pada rezeki Allah. Kadang resipi sama, tapi air tangan tak sama. Kalau ada yang yang nak guna resipi tu untuk berniaga pun, saya tak kisah,” katanya.

Lyn ialah surirumah yang membuat bisnes katering di sekitar Shah Alam, Selangor. Ramai pelanggannya terdiri daripada surirumah juga dan juga syarikat korporat sekitar Shah Alam.

“Saya ambil katering paling banyak untuk 200 orang. Saya tak boleh ambil banyak kerana kediaman saya apartment dan ruangnya terhad. Kalau terima banyak, saya berkongsi rezeki dengan kawan-kawan yang juga buat katering,” katanya yang suka berkongsi rezeki.

Jom kita lihat resipi ayam goreng madu berempah yang dikongsikan oleh Lyn.

AYAM GORENG MADU BEREMPAH

BAHAN-BAHAN

8 ketul ayam
Tepung goreng ayam secukupnya
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
Daun kari
Madu secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

CARA MEMBUAT
1. Gaul ayam bersama tepung goreng ayam jenama Bestari.


2. Masukkan serbuk rempah kari daging dan daun kari. Gaul rata. Kemudian perap selama 7 minit.
3. Masukkan madu. Gaul lagi.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Jika ayam ini hendak diratah, tidak perlu dimasukkan garam.
6. Panaskan minyak masak.
7. Goreng ayam sehingga masak. Angkat. Boleh dihidangkan.

Ayam goreng berempah sedap dimakan dengan kuah kari kentang, sambal belacan dan ulam timun.

Selamat mencuba!

Selain ayam goreng berempah, Lyn turut mengambil katering menu pulut kuning dan rendang ayam yang menjadi kesukaan ramai orang. Sesuai untuk sarapan, minum petang dan juga sambutan majlis istimewa.

Pulut kuning dan rendang ayam.
Pulut kuning berhias.
Lyn turut menyediakan bouquet coklat harga bajet.

Kredit: Facebook Lyn Love & Instagram Mirza Bouquets

IKLAN