
Kalau sebut pencuci mulut kampung yang sentiasa buat hati rasa “homey”, Pengat Labu Jagung Manis memang antara yang tak pernah gagal. Lemak santan, manis gula melaka, ditambah pula dengan tekstur labu yang lembut dan jagung yang enak, memang kombinasi yang buat sesiapa pun jatuh cinta dari suapan pertama.
Hidangan klasik ini bukan sekadar pencuci mulut, tapi juga memori. Dari dapur nenek di kampung, sampai ke meja makan keluarga hari ini, Pengat Labu sentiasa ada tempat istimewa. Lagi best, nak buat pun sangat mudah! Sesuai sangat dijadikan hidangan santai untuk keluarga. Nak makan panas-panas pun sedap, sejukkan dalam peti pun lagi padu! Jom kita buat sendiri di rumah!
Pengat Labu Jagung Manis
bukan sekadar manisan biasa. Ia mempunyai keseimbangan rasa yang cukup sempurna. Lemak, manis, dan sedikit masin. Labu yang lembut mudah hancur dalam mulut, manakala jagung memberi tekstur tambahan yang unik. Selain itu, bahan-bahannya mudah didapati dan kosnya juga rendah. Tak hairanlah hidangan ini sering menjadi pilihan ketika majlis keluarga atau sekadar pencuci mulut harian.Hidangan ini fleksibel. Boleh dinikmati panas atau sejuk. Jika suka rasa klasik, makan panas-panas terus dari dapur. Kalau nak sesuatu yang lebih menyegarkan, simpan dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk.
Satu mangkuk memang tak cukup! Hidangan ni confirm buat anak-anak ulang tambah berkali-kali. Sesuai juga kalau nak hidang masa tetamu datang. Simple tapi penuh rasa tradisional.
Pengat Labu Jagung Manis adalah antara resipi tradisional yang tak lapuk dek zaman. Mudah, cepat, dan penuh dengan rasa nostalgia. Tak kira masa atau suasana, hidangan ini sentiasa berjaya mencuri perhatian.
Selamat mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: