Peminat Ikan Patin Masak Tempoyak, Memang Kecur Liur Dibuatnya

Share

Ikan Patin Masak Tempoyak memang menjadi kegilaan ramai, lebih-lebih lagi buat warga Pahang. Keenakannya memang tak dapat disangkal lagi. Kalau kuah pekat likat dan pedas, lagi mantul rasanya.

Kini, warga bukan Pahang pun dah semakin ramai menggemari masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Ini termasuklah pada ALeya Seolihah yang telah berkongsikan resipi membuat Ikan Patin Masak Tempoyak.

Meskipun dia dan suami bukan warga asal Pahang, namun keduanya amat menggemari masakan ini. Jom ikuti resipi perkongsiannya.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan patin dipotong (ikan ini anggaran 1.5kg)

2 senduk tempoyak (nak letak lebih pun boleh) – Boleh beli online di sini

Cili padi (dikisar) – Boleh beli online di sini
**Jumlah cili terpulang pada tahap kepedasan masing-masing. Kalau tak tahan pedas, letak sikit pun cukup.)

Kunyit hidup (dikisar)
**Jumlah kunyit terpulang pada citarasa masing-masing. Nak letak sikit boleh, nak letak banyak pun boleh.

1 genggam daun kesum (dipotong) – Boleh beli online di sini

5 cawan air (Nak kurangkan boleh, nak lebihkan boleh. Terpulang pada kepekatan kuah yang diinginkan masing-masing.)

Gula

Garam

Ajinomoto (serbuk perasa) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Masukkan bahan kisar, air dan tempoyak. Kacau sebati.

Biarkan hingga menggelegak seketika.


Tempoyak tu nak kisar sekali dengan bahan kisar pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Ketika dah nampak kuah makin pekat, masukkan ikan patin.

Apabila ikan dah hampir masak, masukkan daun kesum dan perasa secukup rasa mengikut cita rasa masing-masing.

NOTA: Ada juga yang tambah bunga kantan. Nak letak bunga kantan pun boleh. Tapi untuk kali ini, saya tak letak.

Kalau guna tempoyak yang kurang masam, tambah sekeping asam keping.

Bahan-bahan kisar, nak kisar sekali dengan tempoyak pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Kredit: ALeya Seolihah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN