Pek Nga Cheese Olahan Dapoq Pdot Yang Mudah & Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Share

Pek Nga merupakan antara menu yang popular di Utara. Menggunakan kelapa muda sebagai bahan asas, Pek Nga memang mudah sangat nak buat. Yang penting sedap! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama Sambal Bilis atau Kari Daging.

Rupanya, Pek Nga ni lebih sedap jika ditambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di dalamnya. Resipi olahan Dapoq Pdot ini dapat meningkatkan rasa dan nampak sungguh menyelerakan. Jom kita cuba.

 

PEK NGA CHEESE

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa parut
  • 150gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
  • ½ cawan air
  • ½ sudu teh garam

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Cara Memasak:

  1. Gabungkan kelapa parut, tepung gandum, separuh keju Perfect Italiano Perfect Pizza, garam dan air.
  2. Gaul hingga sebati.
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  4. Sendukkan adunan ke dalam kuali dan ratakan ke seluruh kuali.
  5. Tunggu sehingga adunan separuh masak dan taburkan lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di atasnya.
  6. Biarkan sehingga keju mencair.
  7. Siap! Sedia dihidang dengan kuah sambal, kuah gulai atau susu pekat.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN