Patutlah Sedap Sandwic Telur Ni, Rahsianya Letak Bawang Karamel

Share

Menu malam ni, kita layan roti sandwic. Tapi sandwic ni lagi sedap sebab ada letak bahan rahsia seperti yang dikongsi Suraya Yaacob. Bawang karamel dalam adunan sandwic telur ini, inti jadi lagi sedap dan lagi wangi. Resipi bawang karamel ni pun ada dikongsi sekali. Cuba buat sekali baru tau rasanya. Inilah rahsia yang digilai orang pelanggannya sehingga ada pelanggan sama yang membeli hampir setiap hari.

Resipi yang dikongsi ini cukup untuk 1 buku roti panjang dan 1 buku roti pendek. Ngam-ngam dengan 7 biji telur tu.Kalau suka boleh tambah salad dan tomato.

Sandwic Telur Ketagih Makan

Bahan-bahan:

1 buku roti

7 biji telur rebus

4 sudu besar mayonis-beli online di sini

2 sudu besar bawang karamel (resipi di bawah)

Daun bawang

Bahan-bahan bawang karamel:

1 biji bawang
1 sudu teh serbuk oregano-beli online di sini
1 sudu teh serbuk lada hitam-beli online di sini


1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Cara membuat:

1.Gaul semua bahan dan masak dengan api perlahan sampai layu.

2.Lenyekkan telur rebus. Campur bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.

3.Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul dengan bawang karamel tadi. Siap untuk dinikmati.

Kredit: Suraya Yaacob

Klik sini

IKLAN