Village Park Resturant ternyata tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi yang biasa, pasti tahu akan keenakan juadah disini. Paling istimewa, sajian nasi lemaknya yang menjadi bualan ramai. Restoran ini juga merupakan tempat makan yang menjadi kegemaran serta pilihan selebriti tanah air, ahli-ahli politik serta para VVIP. Antara yang pernah menjamu selera disini ialah Perdana Menteri; Dato Seri Najib Tun Razak, jaguh badminton negara; Dato’ Lee Chong Wei dan ramai lagi.
Foto: Facebook/ Village Park Restaurant
Jangan tak tahu, ia juga adalah restoran kegemaran Tun Dr Mahathir untuk bersarapan tau. Lihatlah ‘moment’ Tun M diserbu rakyat yang nak ‘selfie’ bersama beliau. Happening sungguh! Tun pun sangat ‘sporting’.
Sajian paling popular di restoran ini adalah Nasi Lemak Ayam Goreng. Bunyinya agak biasa tapi percayalah, rasanya memang luar biasa! Nasi dimasak lembut dan wangi, dihidang bersama sambal enak serta dilengkapi dengan ikan bilis garing, kacang tanah rangup, hirisan timun segar, potongan telur yang direbus sempurna dan dialas dengan daun pisang. Fuh!!! Memang beraroma dan rasa sempurna.
Ayam goreng di restoran ini dikatakan antara yang terbaik di KL. Tekstur ayam gorengnya yang bersaiz besar, garing diluar dan lembut di dalam juga menjadi sebab hidangan ini mendapat permintaan tinggi. Selain ayam goreng, nasi lemak disini juga boleh dipesan bersama lauk sampingan yang lain. Antara yang mendapat rating tertinggi dikalangan pelanggan adalah Sambal Sotong dan Rendang Daging. Wow!
Jika tak terasa nak makan nasi lemak, usah risau. Anda tak akan pulang dengan perut kosong! Ini kerana terdapat pelbagai lagi pilihan lain yang boleh dicuba. Antara yang ada dan mendapat komen baik dari pelanggan ialah Lontong, Soto, Mi Udang Penang, Assam Laksa, Mi Rebus Singapure, Mi Kari, Rendang Daging dan Set Nasi Dagang. Malah anda juga boleh menikmati Chee Cheong Fun, Ipoh Hor Fun Soup, dan Pan Mee. Bagi yang tak nak makan sajian berat, ada juga disediakan Roti Sambal, Roti Kukus, Roti Bakar dan bermacam-macam lagi.
Bagi yang nak bersarapan disini, ia dibuka seawal jam 6.30 pagi. Restoran yang terletak di Jalan SS21 / 37, Damansara Utama ini sememangnya dipenuhi pelanggan terutamanya pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh itu disarankan untuk datang lebih awal atau datang diluar waktu puncak untuk menikmati pengalaman makan disini dengan selesa.
Ads
INFO RESTORAN:
Village Park Restaurant
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Biasanya kita makan nasi lemak dengan ayam goreng berempah, kan? Pernah tak terfikir nak makan nasi lemak dengan ikan siakap yang digoreng rangup? Siap ada sup tauhu. Haaaa itulah keistimewaan nasi lemak kukus di Restoran Ngeteh Santai.
Ya, memang kedengaran macam pelik tapi setiap hari orang ramai sanggup menunggu meja kosong untuk duduk makan nasi lemak kukus ikan siakap goreng ini. Ini diakui sendiri oleh pemilik stall Dapo Kecik Kubisbunga, Nur Maisarah binti Mat Noh yang mesra dipanggil Sara.
Nasi lemak kukus ikan siakap goreng dimakan dengan sup tauhu.
Terletak di restoran Ngeteh Santai, stall nasi lemak kukus ikan siakap goreng menyediakan pelbagai menu nasi lemak. Namun yang paling mendapat perhatian adalah nasi lemak yang dimakan dengan ikan siakap goreng.
“Keunikan dan keistimewaan nasi lemak kukus di stall kami adalah setiap menu dihidangkan panas-panas. Kami akan kukus dan goreng ikan siakap selepas ianya dipesan. Jadi memang panas dan pasti pelanggan lebih berselera untuk makan,” kata Sara.
Set nasi lemak ayam goreng berempah.
Selain ikan siakap goreng, variasi nasi lemak di sini adalah Nasi Lemak Kukus Rendang Ijo dan Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah. Nasi lemak di sini dihidangkan panas-panas bersama sup tauhu.
“Rendang ijo di sini juga mendapat permintaan tinggi kerana dimasak dengan cara istimewa. Biasanya rendang ijo ini terdapat di Negeri Sembilan tapi kami bawakan kepada pelanggan di sini iaitu di Batu Pahat, Johor.”
BERMULA SEJAK PKPB
Ayam dan ikan hanya digoreng selepas dipesan. Jadi boleh makan panas-panas.
Stall nasi lemak kukus ini memulakan operasi sejak Jun 2020 yang lalu. Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), restoran sudah boleh beroperasi dengan syarat yang tertentu.
“Saya menyewa stall di restoran Ngeteh Santai dan memilih untuk menjual nasi lemak. Nasi Lemak dengan orang Malaysia tak dapat dipisahkan jadi saya pilih menu ni sebab sangat dekat dengan cita rasa orang tempatan tak kira bangsa.
Alhamdulillah sambutan dari hari pertama hingga hari ini amat menggalakkan. Sehingga kami terpaksa tambah meja, tambah kerusi dan juga tambah pekerja. Waktu kemuncak di sini adalah dari jam 8 malam hingga 10 malam. Ada pelanggan sanggup tunggu meja kosong kerana nak makan nasi lemak kukus kami yang berbeza daripada kedai lain.”
Suasana pada waktu malam.
Pelanggan yang datang makan di sini.
Happy customer.
Menurut Sara, dia mengusahakan katering dan servis penghantaran makanan bersama arwah ibunya selama hampir lapan tahun. Selepas ibunya meninggal dunia, Sara meneruskan legasi bisnes ini dengan cara membuka stall di Ngeteh Santai.
“Lagipun di sini lokasinya menarik. Tepi Sungai Batu Pahat. Saya jemput orang ramai sekitar Batu Pahat Johor ini untuk cuba Nasi Lemak Kukus Ikan Siakap Goreng yang dimakan dengan sup tauhu. Sangat sedap! Ngeteh Santai adalah restoran berkonsep stall. Jadi boleh cuba pelbagai jenis makanan di sini.”
BERAPA HARGA?
Boleh rujuk menu ni untuk info harga ya.
NAMA RESTORAN: Ngeteh Santai NAMA STALL: Dapo Kecik Kubisbunga LOKASI: No. 210, Jalan Shahbandar, Batu Pahat, Johor (Belakang Klinik Nur) WAJIB CUBA: Nasi lemak kukus ikan siakap goreng
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Tercari-cari lokasi yang best dan menarik untuk bersantai sambil makan-makan bersama keluarga? Atau nak bawa kawan-kawan dari luar negara menikmati kebudayaan serta kesenian Malaysia? Eat & Enjoy @ASWARA pastinya lokasi terbaik yang boleh anda tuju.
Eat & Enjoy @ASWARA adalah salah satu program Edu-Tourism yang berkonsepkan makan-makan sambil berhibur dan belajar. Ia adalah salah satu inisiatif bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat tempat perlancongan terpilih sambil belajar mengenai kesenian yang ada di negara ini.
Dengan hanya bayaran sebanyak RM15 seorang, anda boleh menikmati aneka sajian kampung yang enak dan lazat seperti Nasi Lemak, aneka kuih muih, Teh Tarik dan bermacam-macam lagi yang dihidangkan secara bufet dalam suasana yang sangat santai dan menenangkan.
Pada masa yang sama, para pengunjungakan dihiburkan dengan persembahan-persembahan tradisonal dan kesenian yang memukau seperti persembahan Mak Yong, tarian tradisional, nyanyian dan banyak lagi yang dipersembahkan oleh para pelajar, alumni dan kakitangan ASWARA.
Bertempat di Kafe Bunga Raya, Eat & Enjoy @ ASWARA boleh memuatkan 200-250 pelanggan dalam satu-satu masa. Ia beroperasi pada setiap hari Rabu bermula pada jam 5.00 hingga 7.00 petang. Jadi datanglah beramai-ramai ya.
Banyak sungguh perihal kehidupan yang berlaku disebabkan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Termasuklah kepada kutipan dana untuk pembinaan maahad.
Melalui Asmah Hashim, RASA dimaklumkan bahawa kutipan dana untuk membina Maahad Azzein Al Makki di Jeram, Selangor menghadapi situasi tenat.
“Selepas PKP, sumber kewangan maahad berdepan situasi tenat akibat sumbangan orang ramai semakin kurang. Untuk memastikan projek pembinaan maahad ini dapat diteruskan, saya mengambil keputusan untuk mulakan perniagaan makanan,” cerita Asmah yang membuka cawangan restoran Ani Sup Utara secara francais.
Ani Sup Utara cawangan Puncak Alam, Selangor.
Disebabkan maahad di Jeram masih belum siap, buat sementara waktu maahad beroperasi di Puncak Alam, Selangor.
Maahad Azzein Al Makki adalah sebuah maahad tahfiz untuk anak yatim dan asnaf. Silibus utama adalah pendidikan Adab dan Akhlak.
Projek pembinaan maahad di Jeram, Selangor.Masih terbengkalai disebabkan kekurangan dana.
“Kami mencari dana untuk menaikan bangunan maahad di tapak tanah wakaf yang terbengkalai pembinaan kerana tidak cukup kewangan untuk membangunkannya. Setiap pelanggan yang datang makan, sebahagian pendapatan dimasukkan ke tabung wakaf pembangunan maahad,” ujarnya.
RESTORAN BERASASKAN SUP
Memilih Puncak Alam sebagai lokasi restorannya, Asmah mengakui bahawa restoran ini dibuka demi memastikan projek pembinaan maahad dapat dibiayai. Di samping itu juga, keuntungan perniagaan ini juga adalah untuk kos sara hidup keluarga pihak pengurusan maahad.
“Menu di restoran ini adalah berasaskan sup. Jenama Ani Sup Utara sudah popular dan ini memudahkan kami untuk berbisnes tanpa perlu membuat promosi besar-besaran. Itulah konsep francais,” katanya.
Jom kita lihat menu yang ada.
Set nasi yang boleh dinikmati dengan pelbagai jenis sup.Kuetiau sup daging.Sup ayam.Mihun sup daging.Rojak buah.Wow!Sedap dihirup waktu hujan macam sekarang.Set nasi bujang.Minuman menyegarkan.
MAKAN SAMBIL MENDERMA
Akhir kata, jika anda ingin makan sambil menderma, jemputlah singgah di Ani Sup Utara cawangan Puncak Alam. Sesunguhnya sumbangan anda semua amat besar maknanya bagi semua pelajar maahad tersebut.
LOKASI:
Ani Sup Utara, No 38, Jalan Alam Jaya 16, Puncak Alam, Selangor.
WAKTU OPERASI
Pukul10.30 pagi hingga 9.40 malam (Ahad hingga Jumaat. Sabtu tutup)
TAPAK PEMBINAAN MAAHAD
PT 184, Jalan Parit Baru, Kg Bukit Kuching Tengah, 45800 Jeram, Selangor
MAAHAD SEMENTARA
No.38-2, Jalan Puncak Alam Jaya 16, Pusat Perdagangan Puncak Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...