Paprik Seafood Ala Thai, Lauk Lengkap Berkhasiat Untuk Keluarga. Meriah Dengan Lauk & Sayuran

Share

Paprik seafood ala Thai, lauk macam ni memang sesuai untuk dihidangkan buat keluarga. Lengkap dengan pelbagai jenis lauk dan juga sayur-sayuran.

Cukup satu lauk ini sahaja atau boleh tambah dengan telur dadar. Nak pedas sikit boleh tambah cili padi.

Bagi yang tak makan seafood boleh juga tukar kepada ayam dan juga daging. Makan panas-panas satu keluarga cukup meriah. Tak perlu banyak-banyak lauk!

Paprik Seafood Ala Thai

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

Bawang merah*

Bawang putih*

Halia*

Hiris bahan bertanda *

BAHAN B

2 sudu cili kisar

2 sudu pes tomyam

3 sudu sos tiram

4 sudu sos cili

3 sudu kicap manis

Serbuk perasa

Udang dan Sotong

(Nak tambah atau tukarkan kepada daging atau ayam pun boleh)

BAHAN C

Kobis bunga

Lobak merah

Kacang buncis

Daun limau purut

Cili Merah/Hijau

(Jika ingin tambah sayuran lain pun boleh. Ikut citarasa)

CARA MEMASAK:

  1. Mula-MULA panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan B diikuti udang sotong yang sudah dicuci bersih. Tambahkan sedikit air.
  2. Reneh sehingga masak.
  3. Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau suka, bolehlah masukkan serbuk perasa. Empunya resipi biasa gunakan Pasti Sedap. Jadi boleh ikut selera masing-masing.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Ezan Jelita

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN