Pankek Korea Mudah Dan Sedap. Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Share

Pankek Korea mudah dan sedap. Bagi peminat masakan Korea, tentu terasa nak cuba makanan ini kan? Pankek Korea atau hatteok ini mudah dimasak tapi sedap.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Angah Izan ini ye. Tak perlu ke restoran Korea. Boleh buat sendiri di rumah. Lagi jimat.

Pankek Korea

Bahan-bahan:

 2 Cawan tepung gandum (diayak) – boleh beli online di sini

Secawan tepung pulut (diayak) – boleh beli online di sini

 1 cawan air suam

 2 sudu teh ragi/yis 

 Sedikit garam – boleh beli online di sini

 1-2 sudu makan minyak jagung/sayur

 Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini

Bahan Inti:

Kacang walnut (dihancurkan*)

Atau pes kacang merah – ( saya guna keduanya )

Gula perang* – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Satukan semua bahan. Gaulkan sekata. Biarkan sehingga doh naik/mengembang.

Apabila doh naik bulatkan saiz yang diinginkan dan canai. Letakkan inti kacang walnut / pes kacang merah readymade dan disatukan bersama gula perang.

Leper dan canaikan. Panaskan minyak dan sedia untuk digoreng dengan minyak yang sedikit.

Terbalikkan bila warnanya kekuningan. SIAP!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN