Pancake Gebu Gebas Memberi Tenaga Untuk Permulaan Hari Anda

Share

Sekali sekala kita buat pancake mudah untuk sarapan pagi. Hanya kacau sebati semua bahan dan masak atas pan. Boleh makan dengan sos dan buah-buahan pilihan anda.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar/ susu full cream/ susu cair
  • 1 1/2 sudu gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak jagung/ mentega yang dicairkan/ minyak masak

 

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul. Biarkan dalam 10-15 minit untuk bagi adunan naik gebu sikit.

 

2. Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yang panas dan guna api sederhana. Tak payah guna minyak pun. Bila adunan sudah timbul lubang-lubang kecil dekat atas macam dalam gambar balikkan penkek. Tunggu seketika, barulah angkat sebab sudah masak.

INFO:

  1. 1 adunan boleh buat dalam 8 keping pancake.
  2. Masa memasak untuk setiap pancake dalam 2 minit.
  3. boleh makan dengan madu, sos coklat, mentega, aiskrim, buah-buahan dam sebagainya.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: sitinorzainabtaib

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN