Uncategorized

Pajeri Nanas Ini Memang Sedap, Seimbang Rasa Masam Manis Dan Rempahnya

Share

Pajeri nanas ini memang sedap. Secukup rasa kata orang. Ada rasa masam, manis dan terasa rempah ratusnya.

Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Gandingkan dengan telur masin atau ikan goreng pun dah sedap sangat.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ini ye.

PAJERI NANAS

Bahan-bahan:
1 biji nanas (potong separuh bulat)

2 sudu besar kerisik – boleh beli online di sini

Cili Giling/boh – boleh beli online di sini

1 mangkuk kecil air asam jawa – boleh beli online di sini
 Garam gula dan perasa
Cili merah dan hijau untuk hiasan

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Tumis:
1 labu bawang besar (mayang) 

Rempah 4 sekawan

Bahan Kisar Halus:
5 biji bawang merah – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1 ½ inci halia – boleh beli online di sini
2 sudu besar udang kering ( direndam air dahulu)
Rempah Cap Rose *
2 1/2 sudu besar rempah gulai *
1 1/2 sudu besar rempah masak *

(*) Dicampur air jadikan pes
1 kotak kecil santan
½ kerek nisang/Gula Melaka – boleh beli online di sini

Cara Memasak Pajeri Nanas:

Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga terbit bau wangi.

Kemudian masukkan cili boh/giling. Tumis sampai pecah minyak.

Lepas itu masukkan bahan kisar halus. Tumis lagi smpai pecah minyak.

Setelah itu, masukkan rempah cap bunga Rose, tumis smpai pecah minyak atau rempah tu masak.

Tambah air asam jawa dan masukkan nisang. Biarkan mendidih.

Masukkan santan dan kacau sekata.

Bolehlah masukkan nanas dan kerisik. Kacau lagi. Tutup periuk dan biar mereneh sekitar 10 minit.

Kemudian masukkan garam gila dan perasa. Masukkan cili dan kacau, Kecilkan api. Tunggu hingga kuah pekat. Tutup api. Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN