Pai Cendawan Paling Mudah Tanpa Pastri, Guna Roti Paratha Aje.

Share

Ni ada resipi istimewa pai cendawan berinti ayam yang sedapnya ya amat. Mudah aje buat dia tak payah buat kulit pastry pun.

Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Wawa’s Kitchen yang mudah dibuat ni.Tapi boleh jadi kudapan dan sarapan yang mengenyangkan. Anak anak mesti suka.

BAKED CHICKEN MUSHROOM PIE

BAHAN-BAHAN :

Bahan kulit pai :

  • Roto paratha | lembutkan dan belah kepada 4 bahagian

Bahan inti :

  • Setengah biji bawang Holland | potong dadu
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • Cendawan butang | potong dadu
  • Isi ayam cincang @ potong dadu..| boleh digantikan daging
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil tepung gandum

Cara membuat inti :

  1. Tumis bawang besar dan  bawang putih sehingga garing

  1. Masukan ayam dan biar masak sekejap
  2. Kemudian masukkan cendawan

3. Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam..tambah sedikit air

4. Kacau  dan masak sehingga pekat, akhir sekali baru masukkan 1 sudu kecil tepung gandum.

5. Sejukkan

Cara membuat pai :

  1. Panaskan oven sebelum membakar

2. Ambil roti paratha yang sudah dipotong 4 tadi, ambil 1 bahagian

3. Letakkan inti dan cantumkan macam buat karipap. Tekan tepi roti dengan garfu

4. Sapukan permukaan puff dengan kuning telur dan bakar di dalam oven.

Sumber :FB : Wawa’s Kitchen

IKLAN