Pai Ayam Dengan Pelbagai Ramuan Dapat Sepotong Pun Kenyang

Share

Makan malam hari ni kita masak pai ayam yang special. Pai ni dapat sepotong pun kenyang. Manakan tidak penuh dengan isi ayam dan pelbagai ramuan lain. Buat yang nak mencuba dikongsikan cara membuatnya.

PAI AYAM

Bahan-bahan:

Untuk inti:

2 ketul dada ayam-potong halus, cuci bersih, toskan

1/2 biji bawang Holland-potong dadu

2 ulas bawang putih-potong halus

Tumis dua  bahan ni dulu dengan dua sudu makan butter

2 sudu makan tepung gandum-bancuh dengan sedikit air.Masuk dalam tumisan bawang tadi.Masuk ½ cawan air lagi.Kacau

2 biji ubi kentang-potong dadu. Cuci, masuk terus dalam kuali.

Masuk kiub ayam

Cendawan dalam tin-potong halus

Sedikit garam

Serbuk lada

Susu segar atau whipping cream cooking

Isi ayam

Kacau sebati semuanya.

Masuk kacang peas dalam tin

Gaul rata.Biar didih hingga nampak kuah betul-betul pekat .Tutup api.Sejukkan sekejap.

 

Untuk kulit:

Dalam satu bekas, masukkan

2 cawan tepung gandum serbaguna

½ sudu besar gula

Sedikit garam

½ cawan butter sejuk-potong dadu,baru masuk dalam tepung.

Gaul hingga jadi macam serbuk roti.

Kemudian masuk 6 sudu kecil air sejuk peti ais.

Sikit-sikit masuk sambil uli hingga lembut.Dan tak melekat di tangan.

Letak dalam plastik wrap atau plastik pembalut nasi lemak pun boleh. Masuk dalam peti selama 30minit.

Keluarkan doh.Bahagi 2 dan canaikan nipis saja.

Letak dalam loyang yang disapu minyak.

Masuk inti.Lapisan atas tu nak tutup semua pun boleh.

Sebelum masuk oven, sapu dengan kuning telur.

Bakar pada suhu 180 selama 50minit.

Kredit: Ieda jahaya

 

IKLAN