
Juadah minum petang yang best salah satunya adalah paf pastri berinti tuna. Boleh dibuat pedas atau tak pedas. Kalau pedas, letaklah cili api banyak sikit. Kalau buat untuk kanak-kanak, tak payah letak cili api. Jangan lupa sediakan kopi o panas. Wow sangat minum petang ni.
PAFF TUNA
BAHAN-BAHAN
1 tin tuna flakes dibuang airnya
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji cili api (dihiris)
2 sb mayones
1/2 tin jagung
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
Paf pastri segera jenama kawan
1 biji telur kuning dibancuh dengan sedikit susu cair
CARA MEMBUAT
1. Hancurkan tuna di dalam satu mangkuk.
2. Masukkan bawang besar, cili api, mayones, jagung dan serbuk lada sulah.
Gaul rata.
3. Ambil sekeping paf pastri segera.
4. Masukkan inti dan lipat pastri.
5. Tutup dengan garpu.
6. Sapu atasnya dengan kuning telur.
7. Tabur bijan.
8. Susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 200°c selama 20 minit.
Resipi Oleh My Kitchen Diary
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Simple, Campak-Campak Saja Tapi Rasa Tomyam Ini Memang Power

Siapa yang suka menu tomyam atau lauk ringkas, sesuai sangat buat hidangan ini. Cara masak simple, campak-campak saja tapi punyalah sedap.
Resipi tomyam simple Asmida Nor ini juga pernah viral di media sosial. Kalau buat di rumah mesti makan nasi bertambah-tambah katanya.
Cara buat tomyam ringkas tapi ‘power’
Cara membuat
- Sediakan, tomato, pes tomyam dan cili api. Kemudian kisar bahan ini bersama sedikit saja air.
2. Sediakan lobak merah, bunga kobis, batang saderi, cendawan, bawang besar, halia, limau purut dan udang.
3. Sediakan ayam yang dipotong kemudian masukkan dalam periuk, rebus sampai mendidih. Masukkan pes yang dikisar tadi.
4. Seterusnya masukkan bawang besar, daun limau purut,halia dan juga sayur-sayuran. Masukkan juga cendawan dan biarkan mendidih seketika.
5. Kemudian masukkan udang. Perah air limau nipis (sebiji) untuk rasa masam. Perasakan dengan garam, gula dan biarkan mendidih sekali lagi. Dah siap! Makan dengan telur dadar dan sambal, confirm bertambah-tambah nasi.
Sumber : Asmidanor via kongsi resipi mudah
Teringin Makan Menu Streatfood Thai, Masak Je Sendiri Puas Hati.

Thailand memang terkenal sebagai surga makan yang lazat, gabungan rasa masam, manis dan pedas dalam kebanyakan menu jalanan. Memang patutlah kalau negara Thai ini dikatakan syurga makanan, korang yang tak berkesempatan ke Thai, Ini antara menu streatfoodnya yang popular Rasa kongsikan untuk korang semua cuba masak sendiri.
PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit hirisan cili benggala
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 cawan daun selasih Thai
- Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
4, Tumis hingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
7. Gaul lagi hingga daun selasih layu.
8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
HOR MOK PLA (THAI CURRY FISH CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram isi ikan tenggiri
- 1 sudu makan pes kari merah
- 150 gm santan
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 1 biji telur
- 3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
- 10-15 helai daun selasih Thai
- 1 biji cili merah |untuk hiasan
- Daun pisang | untuk mangkuk
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
2. Kacau rata dan sebati.
3. Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
4. Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
5. Kukus selama 10-15 minit.
6. Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dengan sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.
KAO MOK GAI (NASI BRIANI THAI)
BAHAN-BAHAN:
REMPAH RATUS (DI KISAR):
- 2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
NASI:
- 5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
- 4 sudu makan minyak sapi
- 4-5 ulas bawang merah | hiris
- 3 cm halia| hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 3 batang akar ketumbar
- 2-3 sudu makan rempah Kao Mok Gai
- 200ml susu cair
- 1 ekor ayam | potong lapan
- 8 cawan air
- garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 bunga lawang
- 3 biji pelaga
- 4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dengan api perlahan.
4. Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
5. Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
8. Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
9. Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh caawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair, apabila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang teah ditoskan tadi.
10. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
11. Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
12. Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.
Bebola Ikan Salut Tepung. Kudapan Ringan Nostalgia Kegemaran Ramai

Ramai yang suka makan Bebola Ikan Salut Tepung. Rangup dan berperisa, memang enak rasanya. Menurut saudari Nur Masri, snek ini adalah makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar tahun 80an. Kalau lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah. Salah satunya Bebola Ikan Salut Tepung ni la tapi yang dijual tu dicucuk pada lidi pendek. Makan pula dengan sos. Memang nikmatlah. Jom cuba buat.
RESEPI BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG
BAHAN- BAHAN:
Bebola ikan
Tepung berempah (empunya resipi guna tepung bestari) – beli online disini
Tepung Goreng pisang rangup – beli online disini
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Sos pencicah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kedua-dua jenis tepung ke dalam mangkuk kemudian masukkan air. Gaul sebati.
2. Masukkan bebola ikan ke dalam bancuhan tepung. Gaul rata hingga adunan bersalut rata.
3.Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng bebola ikan yang bersalut tepung sehingga keemasan.
4. Angkat, toskan minyak dan hidangkan bersama sos pencicah. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade Yang Sedap, Bersih & Dijamin Halal
Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka
Wanita Ini Kongsi Resipi Bihun Goreng Tomyam Yang Dia Buat Niaga, Boleh Cuba Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official