Mi MAGGI® 2 Minit telah 50 tahun bersama rakyat Malaysia. Tentunya banyak memori manis yang dicipta bersama dan kadang kala, bila makan akan teringat kat seseorang. Buat kita tersenyum sendirian.
Bila sebut Mi MAGGI® pasti ada cerita di sebaliknya. Masing-masing terimbau kenangan lalu bersama MAGGI®. Mungkin anda yang pernah tinggal di hostel atau asrama, makan Mi MAGGI®bersama kawan satu dorm adalah menu paling ‘win’ ketika itu. Nak sedap lagi letaklah telur rebus di atasnya. Memang menu paling lazatlah ketika itu.
Sememang menu yang ringkas dari MAGGI® ni mengimbau banyak kisah bersamanya.Lapar di tengah malam pun teringat Mi MAGGI®. Inilah menu penyelamat yang tersedap di abad ini. Untuk lebih sedap Mi MAGGI® boleh diolah dengan pelbagai cara. Kalau nak nikmati mi yang enak dengan rasa yang berbeza boleh cuba resipi ini.
Mi MAGGI® Goreng Sambal Hijau
Waktu memasak: 15 minit
Ads
Saiz hidangan: 4 hidangan
Bahan-bahan:
1 sudu besar minyak jagung
100g bawang merah
4 ulas bawang putih
50g cili hijau
50g serai
250g dada ayam
150g kailan
4 paket Mi MAGGI® Ayam 2-Minit
Ads
30g cili padi
1 tangkai daun bawang
1 biji cili merah
Cara memasak:
1.Rebuskan Mi MAGGI selama 1 minit dan tapiskan di bawah air sejuk. Ketepikan.
Ads
2.Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau dan serai. Tumis sehingga wangi.
3.Masukkan ayam, tumis sehingga bertukar warna. Gaulkan perencah Mi MAGGI® Ayam 2-Minit, Mi MAGGI® Ayam 2-Minit dan sayur kailan.
4.Gaulkan sehingga rata. Hidangkan bersama daun bawang dan cili merah.
Simple Tapi Sedap! 3 Idea Sajian Ayam Ini Memang Terbaik Untuk Dicuba
Hidangan berasaskan ayam sememangnya jadi kegemaran ramai. Dari anak kecil hinggalah orang dewasa, semuanya suka. Tidak perlu ke restoran mahal untuk menikmati sajian ayam yang enak. Hanya dengan bahan-bahan segar yang dimasak dengan ramuan terbaik, anda boleh menyediakan sajian terbaik buat keluarga. Cubalah… Anda pasti kagum dengan hasilnya.
AYAM BALADO HIJAU
BAHAN-BAHAN A
5-6 ketul ayam
3 cawan air
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
2 helai daun salam
1 batang serai
4 biji buah keras | kisar
BAHAN-BAHAN B
10 biji cili hijau | tumbuk kasar
2 biji tomato hijau | tumbuk kasar
1 sudu makan air asam
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK
Lumurkan pada ayam bersama buah keras dan 1 sudu makan MAGGI® Cukup R Kemudian rebus ayam bersama daun salam, serai dan 3 cawan air hingga air hampir kering.
Angkat ayam dari periuk lalu goreng ayam dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B yang ditumbuk kasar hingga harum dan tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya. Tambah air asam dan gaul sebati.
Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Hidangkan.
TIPS DI DAPUR:
Jika suka pedas, boleh tambah cili padi hijau dalam kuantiti yang dikehendaki.
Tomato hijau akan memberi rasa masam semulajadi ke dalam makanan. Jika suka, boleh juga ditambah hirisan belimbing buluh.
AYAM SAMBAL BAWANG
BAHAN-BAHAN A
5-6 ketul ayam
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
1 sudu makan serbuk cili
BAHAN-BAHAN B
1 sudu besar minyak masak
2 labu bawang besar | dadu kasar
60 gram Maggi Sambal Tumis
1 batang serai | titik
1 sudu teh air asam jawa
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK
Perap ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa dan serbuk cili selama sejam atau lebih. Kemudian goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak, masukkan MAGGI Sambal Tumis, serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati. Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan gaul sebati.
Tuang sambal bawang ke atas ayam goreng dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Jika suka pedas, boleh tambah cili padi yang dikisar bersama cili kering. Api jangan terlalu besar ketika menumis cili kerana ia akan membuatkan cili tidak masak sempurna dan pahit.
AYAM & SAYUR TUMIS KUNYIT
BAHAN-BAHAN
2 keping dada ayam | hiris nipis dan gaul dengan MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
200gm bunga kobis | potong kecil
10 batang kacang buncis | potong kecil
1 batang lobak merah | hiris memanjang
1 bij cili merah | hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh biji sawi
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam hingga agak perang.
Tambah serbuk kunyit dan biji sawi. Tumis sebati.
Masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis dan cili merah lalu kacau rata. Biarkan beberapa minit masak hingga semua sayur lembut. Jika perlu tambah sedikit air.
Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan kacau rata. Hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR:
Selain sayur-sayur yang terdapat dalam resipi ini, boleh juga gantikan dengan sayur-sayur lain mengikut cita rasa.
Sayur juga tidak perlu dimasak terlalu lama bagi mengekalkan khasiatnya.
Cara Masak Gulai Ikan Talang Tumis Darat Paling Sedap & Tak Muak
Ikan Talang Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya masakan seperti goreng, kari, masak asam dan sebagainya. Paling sedap tentulah masak Gulai Ikan Talang Tumis Darat ni. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang diperolehi. Rasanya pun tak muak. Memang sesuai sangat dijadikan hidangan keluarga tercinta.
GULAI IKAN TALANG TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN
300gm ikan masin talang | direndam sejam dan ditoskan
400ml santan
3 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan rempah kari ikan
1 biji bawang besar | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
Air secukupnya | jika perlu
2 biji tomato | belah 4
1 biji terung panjang | potong kecil
2 biji cili hijau | belah 2
2 kiub IKAN BILIS MAGGI
BAHAN-BAHAN TUMIS
2 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang merah | mayang halus
3 ulas bawang putih | mayang halus
1/2 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
Garam | jika perlu
CARA MEMASAK
Satukan santan, air asam jawa, rempah kari ikan dan bahan kisar halus lalu didihkan sehingga hilang bau rempah.
Masukkan ikan masin talang dan didihkan lagi dengan api kecil sehingga ikan masak. Tambah air kalau kuah terlalu pekat. Kuah gulai haruslah sedikit cair.
Masukkan tomato, terung dan cili hijau.
Masukkan kiub IKAN BILIS MAGGI dan sesuaikan rasanya. Tutup api.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak masak.
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Tambah sedikit garam jika perlu.
Tuangkan bahan tumisan berserta minyaknya sekali ke dalam periuk berisi kuah gulai ikan masin talang tadi. Tutup periuk dan bolehlah dihidangkan.