Padan Ler Viral Sos Black Pepper Homemade Ni, Cikgu Afy Berkongsi Rahsia.

Share

Keenakan daging panggang @ bbq ni banyak bergantung kepada sosnya. Masak daging berjus, dapat pulak sos lada hitam yang sedap melampau makin menjadilah kesedapannya. Sos lada hitam atau sos black pepper ni kalau dibuat gaya homemade lagi terjamin kebersihan dan kesedapannya.

Ada rahsianya mengapa sos ni sedap sangat. Tumiskan guna majerin, gunakan ramuan sos spageti keju, serbuk keju dan kicap lemak manis adalah antara bahan ramuan yang menjadi penyedap sos ini. Buatnya mudah sangat , jom ikut resipi yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi

ini. Memang patut ler viral…

SOS BLACK PEPPER VIRAL
BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu besar marjerin planta
  • 1 ulas bawang putih | diracik halus
  • 2 tin sos spageti keju
  • 1 sudu besar serbuk keju | ada dijual di kedai bakeri
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 1 sudu besar gula | letak sedikit demi sedikit

CARA MEMASAK :
1. Panaskan 1 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja.
2. Masukkan bawang putih yang telah diracik halu , tumis hingga naik bau.
kecil sahaja.


3. Masukkan 1 tin sos spageti keju seperti dalam gambar. Rasanya lain dari yang lain. Saiz tin paling kecil. Untuk kepekatan semalam cikgu tambahkan air lebih dari biasa.


* Dari 1 tin sahaja sebelum ni, Cikgu Afy tambah jadi dua tin.

* kacau dahulu sehingga sos dan air sebati. Jika nampak masih pekat boleh tambah lagi sedikit air*


4. Masukkan 1 sudu besar serbuk keju. Kalau takda takpa. Kacau rata.


5. Tambahkan 1 sudip kicap Jalen lemak manis.
* Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.
6. Masukkan serbuk lada hitam kisar.


7. Juga masukkan satu sudu besar gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.


8. Tutup api setelah semuanya sebati boleh dihidang bersama ayam, daging dan kambing panggang.


.


.

Kredit foto & resipi : FB Afy AL Habibi

ANDA SEDANG MENCARI CARI PERKAKAS DAPUR DAN KEPERLUAN RUMAH. JOM LAYARI DI SINI.

ANDA  MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

 

IKLAN