Jika anda seorang yang ada alahan, mungkin ada pernah dengar mengenai penyakit celiac. Masalah kesihatan ini berkaitan dengan sistem imun badan. Apabila termakan sesuatu makanan yang boleh menyebabkan alahan, maka badan akan bertindak balas dengannya.
Menurut pemilik OvenBella, Bella AH, memang ramai sebenarnya yang mempunyai alahan tetapi tidak sedar yang mereka menghidap penyakit celiac. Salah satu alahan adalah disebabkan pengambilan gluten yang ada dalam tepung gandum.
“Secara umum, tak ramai yang tahu dan sedar mereka menghadapi celiac disease walaupun ada tanda-tanda. Celiac disease ada tanda yang jelas seperti sembelit, sakit kepala, sakit sendi, eczema dan asma. Ada juga berlaku tanpa kita sedari kerana tanda kurang jelas atau berlaku secara neurologi seperti keresahan, kemurungan, kabut otak iaitu susah untuk fokus dan kecelaruan emosi,” kata Bella.
Atas sebab itulah, OvenBella tampil dengan makanan berupa biskut yang dirumus khas untuk lebih sihat seperti biskut bebas gluten. Maknanya, mereka yang ada alahan pun boleh menikmati biskut yang sedap juga.
MANFAAT BEBAS GLUTEN
Walaupun biskut di OvenBella dibuat sesuai untuk mereka yang ada alahan terhadap gluten, namun sebenarnya pemakanan bebas gluten amat bagus diamalkan oleh sesiapa sahaja.
Antara manfaat makanan bebas gluten adalah:
1. Meningkatkan tenaga kerana makanan bebas gluten lebih mudah dicerna berbanding makanan bergluten.
2. Membantu mengelakkan masalah berkaitan usus dan penghadam.
3. Membantu mengelakkan radang sendi.
4. Membantu mengelakkan brain fog dan sakit kepala.
5. Membantu mengelakkan gangguan hormon.
6. Membantu mengelakkan keresahan atau kemurungan.
“Bagi menghasilkan resipi biskut bebas gluten memang memerlukan R&D dan kos R&D agak tinggi. Ini kerana nak hasilkan makanan yang lebih baik menggunakan bahan mentah yang baik dan berkualiti tinggi kita kena faham sifat bahan terbabit. Gabungan setiap bahan perlu kena dengan tekak orang ramai. Biasanya kami akan buat research untuk pilih resipi terbaik yang rasa macam biskut lain di pasaran tapi bahannya lebih baik dan bebas gluten,” katanya lagi.
Tambah Bella, OvenBella sedaya upaya mengeluarkan produk bebas gluten yang berbeza daripada fikiran orang ramai bahawa biskut bebas gluten ini rasanya bertepung, pelik dan tak seperti biskut biasa. Produk yang lebih sihat juga sebenarnya sedap.
Satu perkara lagi adalah mengenai harga. Ramai beranggapan produk makanan yang sihat harganya lebih mahal.
“Saya rasa bab harga ini sama saja sebenarnya. Tinggal kita yang kena pandai cari dan pilih. Ada makanan sihat yang murah dan ada juga yang mahal. Same goes to makanan yang biasa kita makan. Ada juga yang murah dan ada juga yang mahal. Bab harga ni, terlalu subjektif sebenarnya. Harga bergantung kepada ‘apa yang kita mahu dan apa yang kita perlu’. Kita perlu lebih ramai orang untuk memberi kesedaran tentang pemakanan sihat supaya nilai sebenar makanan sihat lebih diutamakan,” ujar Bella.
OvenBella tidak pernah mengatakan mereka sebagai pengeluar produk biskut yang sihat. Namun OvenBella konsisten mengeluarkan biskut yang tidak mengandungi bahan artificial dan pengawet. Produk OvenBella mengandungi casein daripada mentega dan juga kekacang asli.
Bagi sambutan Syawal 2023 ini, OvenBella keluarkan enam jenis biskut premium bebas gluten dan satu jenis biskut premium. Semua produk OvenBella menggunakan mentega tulen (pure butter), gula semula jadi (raw cane sugar), himalayan pink salt, almond flour, unbleached flour dan non gmo gluten free flour mix.
“Saya tak pernah claim bahawa produk OvenBella adalah healthy cookies. Kami cuma buat biskut menggunakan bahan yang lebih baik supaya pelanggan dapat produk yang baik untuk kesihatan anak dan keluarga. Itu impian saya dan OvenBella,” katanya menutup bicara.
Produk OvenBella boleh didapati daripada pahlawan (ejen) Oven Bella atau facebook page https://www.facebook.com/ovenbella atau terus ke website www.ovenbella.com.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI