
Tak perlu terbang beribu kilometer ke Afrika Selatan untuk menikmati hidangan seperti Oxtail Potjie, Zebu Steak Pie atau Braai Boerewors. Di Petaling Jaya, ada sebuah restoran yang sudah sekian lama membawa cita rasa negara tersebut kepada pengunjung tempatan menerusi hidangan autentik dan suasana yang cukup santai.
Terletak di PJ Palms Sports Centre, Petaling Jaya, Out Of Africa Restaurant bukan sekadar menawarkan makanan. Konsep dan dekorasinya turut direka untuk memberikan pengalaman seakan-akan berada di Afrika Selatan, menjadikannya lokasi menarik buat mereka yang mahu mencuba sesuatu yang berbeza.
Kisah Out Of Africa bermula sekitar tahun 1995 apabila bapa mertua Brandon, yang berasal dari Afrika Selatan, memanggil anak perempuannya datang ke Malaysia untuk bekerja bersamanya. Selepas beberapa tahun, restoran berkenaan kemudiannya diserahkan kepada anaknya untuk diteruskan.
Latar belakang keluarga tersebut turut memainkan peranan penting dalam membentuk identiti makanan Out Of Africa. Isterinya juga mahir menyediakan masakan Afrika, sekali gus membantu mengekalkan cita rasa yang menjadi tunjang utama bagi restoran ini.
Apa yang menarik, masakan Afrika Selatan mempunyai pengaruh daripada beberapa budaya termasuk India dan Eropah. Gabungan ini sememangnya unik dan pada masa sama, agak mudah diterima oleh tekak rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan penggunaan rempah dalam masakan.
Misalnya seperti Natal Curry, sajian yang boleh digambarkan seperti nasi bersama kari kambing. Walaupun mempunyai persamaan dengan hidangan kari tempatan, penggunaan rempah dan profil rasanya memberikan karakter yang tersendiri.
Biji ketumbar, lada hitam, kunyit, serbuk cili, daun bay, paprika, bunga cengkih dan kayu manis merupakan antara rempah penting dalam masakan mereka. Teknik seperti slow-cook, grill dan oven-baked pula banyak digunakan bagi menghasilkan rasa yang lebih mendalam.
Kalau pertama kali datang, antara menu yang menjadi tarikan utama ialah Oxtail Potjie, Zebu Steak Pie, Venison Pie dan Braai Boerewors. Menurut Restoran Out Of Africa, hidangan signature inilah yang sering menjadi pilihan pelanggan.
Oxtail Potjie merupakan antara kegemaran ramai. Teknik memasak perlahan membantu menghasilkan hidangan yang kaya dengan rasa, sesuai dengan karakter masakan Afrika Selatan yang banyak menggunakan kaedah slow-cook.
Antara menu lain yang menarik adalah Zebu Steak Pie. Hidangan ini menggunakan beef stew yang dimasak perlahan sebelum disajikan seperti pai dengan puff pastry di bahagian atas. Ia kemudian dilengkapkan dengan pilihan kentang putar atau kentang goreng.
Restoran ini juga menyediakan sos peri-peri buatan sendiri menggunakan bahan segar seperti bawang, capsicum hijau, pes tomato, bawang putih dan cili. Pihak restoran turut berseloroh bahawa satu lagi bahan istimewanya ialah “chef’s love”
.Pengalaman di Out Of Africa tidak terhad kepada makanan sahaja. Dekorasi restoran turut diinspirasikan dengan suasana Afrika Selatan yang dibawa ke Petaling Jaya. Bagi komuniti ekspatriat Afrika Selatan pula, konsep tersebut diharap mampu memberikan rasa nostalgia seperti pulang ke negara sendiri.
Restoran ini turut mengetengahkan konsep mesra keluarga dengan menyediakan playground untuk kanak-kanak
. Waktu makan malam antara masa yang menarik untuk berkunjung kerana pengunjung boleh menikmati suasana alfresco yang berangin sambil menghadap kawasan kolam renang.Kesetiaan pelanggan turut menjadi kekuatan restoran ini. Ada pelanggan yang datang setiap minggu dan memesan makanan yang sama, malah menurut pihak restoran, ada pasangan pelanggan tempatan yang berkunjung sehingga dua kali seminggu. Pelanggan dari Afrika Selatan juga memberikan maklum balas bahawa makanan di sini mempunyai rasa yang autentik.
Sepanjang operasinya, Out Of Africa telah berkembang daripada ruang kira-kira 2,000 kaki persegi kepada 5,000 kaki persegi. Namun, identiti makanannya tetap menjadi keutamaan.
Restoran ini merancang untuk mengekalkan hidangan signature sambil menambah pilihan popular seperti Spaghetti Aglio-Olio, Onion Soup, Banger and Mash serta Marry Me Fish. Malah, mereka turut mempunyai perancangan untuk membuka cawangan di Johor dan Pulau Pinang.
Dalam dunia F&B yang kompetitif, makanan yang sedap sahaja mungkin tidak mencukupi. Pendedahan dan pemasaran juga memainkan peranan penting untuk membantu sesebuah perniagaan dikenali lebih ramai pelanggan.
Menerusi BizOne Rewards by AstroBiz, perniagaan yang layak berpeluang mendapatkan sokongan pemasaran yang disasarkan serta ganjaran terjamin untuk meningkatkan keterlihatan perniagaan dan menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka. Kempen ini menawarkan guaranteed marketing support bernilai sehingga RM17.5 juta secara keseluruhan.
Antara bentuk pendedahan yang dinyatakan dalam kempen termasuk peluang menerusi platform seperti Buletin AWANI, Borak SeeNI + Makan SeeNI, Astro Audio Ads dan Nu Ideaktiv, bergantung kepada pakej langganan serta terma dan syarat yang ditetapkan.
Jadi, buat pemilik perniagaan yang mahu mengembangkan jenama dan meningkatkan keterlihatan kepada pelanggan, inilah peluang untuk mula melangkah lebih jauh bersama Astro BizOne Rewards. Daftar sekarang di biz.astro.com.my.
Untuk yang mahu pula merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan Afrika Selatan, boleh berkunjung ke Out Of Africa Restaurant, PJ Palms Sports Centre, No. 1, Lorong Sultan, 46200 Petaling Jaya.