Orang Kelantan Di Sabah Rindu Nasi Berlauk Gulai Ikan Tongkol? Jom Singgah Sini

Share

 

Dengan cubaan memasak tanpa kenal erti jemu, akhirnya impian membuka kedai makan terlaksana dengan jayanya. Mohamad Roslan bin Ismail, hanya berpandukan daripada resipi melalui cariannya di website Google. Kini kedai makannya yang dinamakan Warung Jeliro Kudat mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk Sabah.

Menurut lelaki berasal dari Machang, Kelantan ini, dia mencari resipi dari Google dan kemudian cuba masak. Olahan demi olahan dibuat sehingga akhirnya dia mendapat cita rasa makanan tradisi Kelantan yang diinginkan.

“Saya graduan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Saya dah lama menetap di sini sejak dari zaman belajar. Saya memang tak pernah berniaga makanan sebelum ni. Cuma saya ada pengalaman kerja di kedai makan sebagai tukang buat air. Pengalaman itu saya gunakan sebaik mungkin untuk tahu selok-belok meniaga kedai makan,” ceritanya membuka bicara.

Di warung ini, Roslan menjual nasi kukus ayam goreng berempah, nasi kerabu ayam goreng berempah, nasi berlauk gulai ikan tongkol. Turut ada nasi dagang, nasi lemak dan laksam yang dibuat kalau ada tempahan.

Nasi kerabu.

“Walaupun harga makanan yang saya jual agak mahal sikit berbanding harga di Kelantan, tapi alhamdulillah warung saya mendapat perhatian orang ramai. Dulu pelanggan saya ramai dari orang Semenanjung saja. Tapi lama-lama orang Sabah pun suka makan makanan Kelantan,” katanya lagi.

 

Nasi berlauk gulai ikan tongkol.

 

Sotong goreng tepung.

Ayam goreng berempah.

 

Ikan tongkol goreng.

Menurut Roslan, antara keistimewaan hidangan yang dijual di sini adalah kerana cita rasanya adalah cita rasa tradisional original Kelantan. Di Kudat pula, hanya kedai ini saja yang ada menjual hidangan sebegini. Jadi kalau ada orang semenanjung yang merindui makanan Kelantan, wajib singgah di sini.

 

Happy kastemer.

Info Kedai
Nama Kedai: Warung Jeliro Kudat
Pemilik: Mohamad Roslan bin Ismail
Lokasi: Gerai Makan Esplanad Sidek, Jalan Perpustakaan Kudat, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari jam 10 pagi hingga 4 petang (atau hingga habis jualan)

 

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni

 

 

IKLAN