Snek ringan nugget homemade pasti menjadi kegemaran anak-anak. Puas hati buat nugget sendiri dengan terjamin dari segi kebersihan dan terhindar dari bahan pengawet.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping dada ayam | saiz besar
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah besar
  • Brokoli secukupnya | dihiris kecil
  • Daun ketumbar /daun sup secukupnya | dihiris
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan air masak

 

CARA MEMASAK:

1.  Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga halus.

2.  Keluarkan dan bentukkan mengikut kreativiti anda.

3.  Kukus seketika nugget tadi hingga masak. Sejukkan.

4.  Setelah nugget sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk beku dan digoreng pada bila-bila masa.

 

Kredit: Masz Rita