Nobu KL Lancar Menu Festive Omakase Sempena Krismas & Tahun Baru

Share

Sempena Krismas dan Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi, Nobu KL telah memperkenalkan seleksi Menu Festive Omakase bermula 23 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023.

Pastinya ia memberi pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana menu ini dicipta dengan penuh teliti oleh barisan Chef Nobu terkenal yang menggunakan makanan laut yang segar dan mewah.

Hamachi Tartare

Pengaruh tradisi Jepun seperti mi dan pisang kaki telah disulamkan ke dalam menu ini bersama sajian klasik Nobu yang menjadi kegemaran ramai, Flower Crab with Egg Foam

yang telah diberi nafas baharu.

Kiri: Baked King Crab with Egg White; Kanan: Cold Soba Abalone with Nori Soup

Pastinya Chargrilled A5 Wagyu Sirloin bakal menjadi tarikan utama kerana dagingnya yang enak dan ‘mencair’ di dalam mulut. Memang sedap!

Chargrilled A5 Wagyu Sirloin

Nobu KL juga meraikan musim perayaan akhir tahun ini dengan mengadakan Charity Lucky Draw. Mulai 1 hingga 18 Disember 2022, pengunjung yang berbelanja sebanyak RM500 minimum berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah daripada La Jung Clinic dan Gentlemen’s Tonic.

Dengan keuntungan yang akan disalurkan kepada Make-A-Wish Foundation, pemenang akan diumumkan pada 27 Disember nanti.

Sushi Selection
Ornament

Menu Istimewa Festive Omakase di Nobu KL Boleh Didapati Untuk Makan Malam Pada Harga RM750++ Seorang

Hamachi Tartare
(Caviar, Yuzu Olive, Dry Miso)

Cold Soba Abalone with Nori Soup

Baked King Crab with Egg White

Chargrilled A5 Wagyu Sirloin
(Aji Amarillo Sauce, Burnt Celeriac Puree, Persimmon Chutney)

Sushi Selection
(Kohada, Tairagai, Hirame Kobujime, Tamago, Toro)

“Ornament”
(Hazelnut Praline, Orange Yuzu Marmalade, Yuzu Gel & Feuilletine Milk Chocolate Ganache)

Tempahan boleh dibuat melalui nobuklreservations@noburestaurants.com.

IKLAN