Nikmatnya Berbuka Dengan Buko Pandan Filipina Ni

Share

Bulan puasa ni semua makanan nampak sedap. Tapi pemanis mulut yang satu ni kalau buat gerenti puas makan. Buko pandan Filipina memang sesuai dinikmati berbuka puasa nanti. Simpan dalam peti sejuk boleh tahan 3 hingga 4 hari.

Buko pandan

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan

1 cawan teh biji sagu-beli online di sini

1 sudu kecil coconut Pandan Emulco

1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia jika kurang kuah boleh lebihkan-beli online di sini

1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang

1 cawan air gula ikut manis yang disukai

1 mangkuk isi kelapa

1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja

Ais secukupnya

Buah longan jika suka. update: Sebenarnya buah laici dalam tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.

Setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)

 

Cara membuat:

1.Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.

2.Masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak krim ikut selera.

3.Siap untuk dihidang.

Kredit: Aisyah Humaira

IKLAN