Buat pencinta buah ceri, jenama Northwest Cherries kini sudah kembali ke Malaysia!
Buah ceri yang sinonim dengan bentuknya yang kecil tapi rasanya yang sangat sedap, Northwest Cherries ini kembali dengan kempen ‘Cherish The Moments’ bagi meraikan musim menuai yang berlangsung sehingga pertengahan Ogos.
Kempen ini menggalakkan orang awam untuk lebih menghargai momen bersama yang tersayang di samping menikmati buah ceri yang tinggi khasiat dan penuh berperisa.
Wakil Northwest Cherries di Malaysia, Retna Malar memberitahu, meskipun pengeluarannya terhad tetapi buah ceri ini mempunyai kualiti yang terbaik dan nilai yang tinggi.
Ads
“Tidak hairanlah buah ceri ini bukan saja saiznya yang besar tetapi rasanya lebih manis, lebih banyak jus dan rangup,” katanya.
Ads
Turut dikenali sebagai ‘Diamond of Fruit’, buah ceri ini kaya dengan kandungan potassium, vitamin C dan anti radang, yang membantu mencegah atau mengurangkan risiko beberapa penyakit keradangan.
Ads
Bukan itu saja, buah ceri ini rendah kandungan gula, tiada lemak dan bebas daripada garam. Oh ya, ceri juga satu-satunya yang mempunyai kandungan melatonin secara semulajadi.
Buah ceri Northwest Cherries boleh didapati di pasaraya AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben’s Independent Grocers, Cold Storage, Mercato, Lotuss, Giant, Aeon Big, TF-Value Mart dan NSK.
Buah ceri ini juga boleh didapati di pasar malam dan secara online di Lazada, Shopee dan Hantar Fresh di bawah label USA atau Washington Cheeries.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jalen Star Chef 2 kembali mewarnai dunia kulinari tempatan menerusi program Remaja On Road, sebuah inisiatif yang bertujuan mencungkil dan mengetengahkan potensi generasi baharu dalam bidang masakan. Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat, malah membuka peluang kepada bakat muda untuk membina nama dalam industri makanan dan hospitaliti yang semakin berkembang di Malaysia.
Dianjurkan oleh Ideaktiv dan Remaja, dengan sokongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai Rakan Strategik serta Jalen sebagai Rakan Rasmi, program ini memberi ruang kepada pelajar dan golongan muda untuk mempamerkan kreativiti serta kemahiran kulinari mereka di peringkat nasional.
Sejak lebih empat dekad, Remaja terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan golongan muda Malaysia melalui pelbagai kandungan, platform dan peluang yang membantu mereka mengembangkan potensi diri. Kini, usaha tersebut diteruskan melalui pertandingan ini yang memberi fokus khusus kepada bidang kulinari.
Dalam era digital hari ini, ramai anak muda berjaya menjadikan minat mereka sebagai kerjaya melalui pelbagai platform media sosial dan penciptaan kandungan. Menyedari perkembangan tersebut, Remaja dan Ideaktiv melihat dunia kulinari sebagai satu bidang yang mempunyai potensi besar untuk diterokai oleh generasi muda. Pertandingan ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada mereka yang berbakat untuk menyerlah dan mendapatkan pendedahan industri yang lebih luas.
Selain itu, program ini turut membantu peserta memahami realiti industri makanan yang sentiasa berubah mengikut trend dan kehendak pengguna. Kemahiran teknikal, kreativiti serta kebolehan mengurus tekanan menjadi antara aspek penting yang dapat dipelajari sepanjang pertandingan berlangsung.
Jalen Star Chef 2 akan berlangsung menerusi tiga pusingan saringan yang diadakan di kampus-kampus UiTM terpilih sebelum peserta terbaik mara ke peringkat akhir.
Pusingan pertama telah berlangsung pada 6 Mei 2026 di Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Dungun, Terengganu. Seterusnya, pertandingan diteruskan di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 15 Mei 2026, sebelum singgah ke UiTM Puncak Alam, Selangor pada 4 Jun 2026.
Peserta yang berjaya melepasi peringkat saringan akan berentap di Grand Finale yang dijadualkan berlangsung pada 18 Jun 2026 di Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Puncak Alam, Selangor. Peringkat akhir dijangka menyaksikan persaingan sengit apabila peserta terbaik dari seluruh negara berusaha membuktikan kemampuan masing-masing di hadapan panel juri profesional.
Salah satu elemen menarik dalam Jalen Star Chef 2 ialah penggunaan produk Jalen sebagai bahan wajib dalam setiap tugasan memasak. Cabaran ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal para peserta, malah mendorong mereka untuk berfikir secara kreatif dalam menghasilkan hidangan yang unik dan inovatif.
Melalui pendekatan ini, peserta diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam mengadaptasi bahan masakan yang biasa digunakan di rumah kepada sajian yang lebih kreatif dan bertaraf profesional. Ia sekali gus menjadi medan terbaik untuk mengasah kemahiran yang diperlukan dalam industri kulinari moden.
Aspek inovasi menjadi keutamaan apabila peserta perlu menghasilkan menu yang bukan sahaja menarik dari segi rasa, malah mempunyai nilai persembahan yang tinggi. Kemampuan menggabungkan idea baharu dengan teknik masakan yang tepat akan menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan mereka.
Lebih daripada sekadar pertandingan memasak, Jalen Star Chef 2 berfungsi sebagai platform pembangunan bakat yang mampu membuka pintu kepada pelbagai peluang kerjaya dalam bidang kulinari. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai standard industri sebenar, selain membantu mereka membina keyakinan diri dan memperluaskan jaringan profesional.
Sebagai Rakan Rasmi, Jalen terus menunjukkan komitmennya dalam menyokong bakat muda serta menggalakkan budaya kreativiti dan kecemerlangan dalam bidang masakan. Penglibatan jenama tersebut juga membuktikan kesungguhan mereka dalam mendekati golongan muda melalui pengalaman yang memberi nilai dan impak positif.
Pada masa yang sama, penglibatan UiTM sebagai Rakan Strategik memperlihatkan usaha institusi pendidikan tersebut dalam memperkukuh hubungan antara pembelajaran akademik dan keperluan industri. Kerjasama ini membantu menyediakan pelajar dengan pengalaman dunia sebenar yang amat penting sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Melalui pendedahan yang diperoleh sepanjang program, peserta dapat memahami keperluan industri dengan lebih mendalam. Mereka bukan sahaja belajar tentang teknik memasak, malah turut didedahkan kepada aspek pengurusan dapur, pembangunan produk makanan dan pembinaan jenama peribadi.
Jalen Star Chef 2 bukan sekadar mencari pemenang pertandingan memasak. Sebaliknya, ia meraikan semangat, usaha, kreativiti dan cita-cita generasi muda yang berani mengejar impian dalam bidang kulinari. Melalui platform ini, peserta bukan sahaja berpeluang menunjukkan bakat mereka, malah berpotensi membina masa depan yang lebih cerah dalam industri makanan dan hospitaliti negara.
Dengan sokongan daripada Remaja, Ideaktiv, UiTM dan Jalen, pertandingan ini dijangka menjadi salah satu platform paling berprestij bagi golongan muda yang bercita-cita untuk mencipta nama dalam dunia kulinari Malaysia. Persoalannya kini, “Adakah Anda Bintang Yang Kami Cari?”
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Restoran hidangan stik DIY atau “masak sendiri” Pepper Lunch mengalu-alukan Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group sebagai francaisi induk di Malaysia. Setelah memasuki pasaran Malaysia pada 2019, usaha sama ini menjanjikan potensi yang amat menarik iaitu pembukaan lebih banyak lagi cawangan Pepper Lunch menjelang 2023.
Bermula di Jepun pada 1994, Pepper Lunch kini mempunyai hampir 500 cawangan di seluruh dunia. Pepper Lunch menjanjikan pengalaman kulinari yang dinamik dan unik untuk semua orang dengan menampilkan menu hidangan konsep bahari seperti Sizzling Premium Steak, Pasta, Cheese Curry Rice dan hidangan istimewanya, Pepper Rice.
Diasaskan oleh chef terlatih, Kunio Ichinose, visinya ialah untuk menyediakan stik segera yang enak, pada harga mampu milik untuk pelanggan yang ingin menikmati hidangan daging setiap hari. Semangat Ichinose yang kental dalam menyediakan hidangan stik yang enak dan sokongan padu para pelanggannya telah menjadi pendorong utama pengembangan pesat Pepper Lunch hingga melangkaui Asia dan ke seluruh dunia.
Pengarah Pepper Lunch Malaysia, Goh Ching Mun berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Boga Group untuk terus mengembangkan lagi operasi kami di Malaysia. Kami percaya bahawa pengalaman mereka sebagai francaisi induk di Indonesia akan memberikan manfaat kepada kami dan membimbing kami ke arah yang betul bagi membolehkan lebih ramai lagi pelanggan menikmati Pepper Rice yang digemari ramai.”
Setelah membuka restoran pertamanya di Ofuna, Kanagawa pada 1994, Pepper Lunch membolehkan para pelanggannya menjadi ketua chef mereka sendiri. Restoran itu menyediakan bahan-bahan yang terbaik dan segar untuk dimasak dengan menggunakan teppan (plat besi) panas yang telah dipatenkan, di mana para pelanggan boleh merasai pengalaman memasak hidangan mengikut cita rasa mereka sendiri.
Bagi mereka yang sukakan kelainan, pelanggan boleh bereksperimen dengan menggunakan sos istimewa yang disediakan bagi mencipta rasa mereka sendiri. Percayalah apabila kami katakan, ianya pasti menyelerakan!
Pengarah Presiden Boga Group, Kusnaidi menyatakan bahawa permintaan terhadap Pepper Lunch semakin meningkat, maka tidak hairanlah kenapa kumpulan itu telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pepper Lunch Malaysia bagi menjadi francaisi induk di Malaysia.
Di Pepper Lunch, hidangan dimasak dengan menggunakan alat memasak elektromagnet. Plat besi yang digunakan boleh dipanaskan sehingga mencapai suhu 260C dalam hanya 70 saat dan kekal panas pada suhu kira-kira 80C selama lebih daripada 20 minit.
Daging yang digril pada julat suhu tersebut akan kekal lembut dan berjus. Plat besi itu akan memastikan makanan kekal panas untuk suatu tempoh yang lebih lama supaya pelanggan dapat menikmati sepenuhnya hidangan yang padat dengan rasa.
Pada masa ini, antara hidangan yang paling popular di Pepper Lunch ialah Sirloin Steak, Beef Pepper Rice, Chicken Pepper Rice, Beef Aglio Olio dan Cheesy Omelette Chicken/Beef.Dengan pengumuman francaisi induk di antara Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group ini, tiada perubahan akan dilakukan ke atas menu sedia ada. Walau bagaimanapun, beberapa item baharu akan diperkenalkan dari masa ke masa. SFBI (Asia-Pacific) Pte Ltd ketika ini adalah francaisor untuk Pepper Lunch di Asia.
Ayuh rasai pengalaman sebagai chef dengan hidangan menyelerakan di Pepper Lunch.
Nasi Ambeng kini diisytihar dan diwartakan sebagai makanan warisan Selangor!
Majlis perisytiharan dan pewartaan makanan warisan tersebut dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Hotel Avani, Sepang.
Tujuan pewartaan nasi ambeng sebagai makanan warisan Selangor adalah bagi memberi ketetapan untuk ciri-ciri elemen nasi ambeng yang asli dan berasal dari Selangor.
Menurut Amirudin, pengisytiharan yang dilakukan ini ingin memartabatkan dan memastikan kelestarian nasi ambeng sebagai salah satu makanan warisan yang terdapat di Selangor.
“Proses bagi pewartaan nasi ambeng telah bermula semenjak tahun 2021 dan dimulakan dengan kajian sumber bertulis dan kajian lapangan, kemudian disusuli dengan Bengkel Meja Bulat yang dihadiri oleh para pengusaha nasi ambeng dari lima daerah yang popular dengan hidangan ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Hasil daripada perbincangan tersebut telah memberikan satu kata putus bagi menghasilkan ciri-ciri Nasi Ambeng Selangor yang kemudian diwartakan sebagai Makanan Warisan Selangor,” jelas Amirudin.
Chef Suwarsi M Arukin, antara individu yang terlibat proses pewartaan Nasi Ambeng Selangor.
Umumnya, Nasi Ambeng dikenali sebagai makanan tradisional masyarakat Jawa yang kebiasaannya dihidangkan ketika kenduri seperti tahlil dan doa selamat.
Isinya terdiri daripada nasi putih yang dihidangkan bersama dengan lauk seperti ayam, sambal goreng Jawa, serunding kelapa dan mi goreng.
Juadah ini dihidangkan di dalam talam dan dikongsikan bersama-sama empat hingga enam tetamu.
Mengikut tradisi masyarakat Jawa, ketua keluarga yang menghadiri majlis tersebut akan menjamah sedikit nasi berkenaan sebelum ia dibahagikan dan dibawa pulang sebagai berkat kepada ahli keluarga di rumah.
Keunikan cara nasi ambeng dihidangkan ini menjadikannya menu tradisi yang bukan hanya enak malah mempunyai nilai falsafah yang tersendiri seperti kesepakatan dan perpaduan antara ahli masyarakat.
Bagi ciri-ciri Nasi Ambeng Tradisional Selangor, ia perlulah mengandungi nasi putih, ayam masak semur, mi goreng, ikan masin, serunding kelapa, sambal goreng dan rempeyek.
Tidak dilupakan, sempena pengisytiharan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) menganjurkan Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022 hari ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Ia merupakan suatu program kebudayaan dan kemasyarakatan bagi mewujudkan kesedaran berkenaan kepentingan nasi ambeng sebagai juadah tradisional daripada sudut budaya serta identiti bangsa di Selangor.
Sebanyak 2,022 dulang Nasi Ambeng dihidangkan secara percuma, sekali gus mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbesar di Malaysia.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Perisa aiskrim kegemaran dikatakan mempunyai kaitan dengan personaliti berdasarkan beberapa kajian psikologi. Ketahui maksud di sebalik pilihan vanila, coklat, strawberi, kopi dan banyak lagi.