Nestlé’s Harvest Gourmet Lancarkan Kempen #HGEatGoodChallenge!

Share

Harvest Gourmet, jenama produk makanan berasaskan tumbuhan Nestlé Malaysia, melancarkan kempen #HGEatGoodChallenge bagi mendidik dan mengadvokasikan pemakanan yang lebih sihat dan mampan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kempen dan cabaran #hgeatgoodchallenge ini bermula dari 10 Dis 2022 hingga 8 Jan 2023 melalui aplikasi kesihatan BookDoc.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, kempen #HGEatGoodChallenge ini bertujuan menggalakkan dan memberi pengalaman kepada rakyat Malaysia mempelajari cara mudah untuk mengamalkan cara pemakanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan lebih sihat dalam diet harian mereka.

Perunding pakar dietetik, Indra Balaratnam memberitahu, pemakanan merupakan salah satu elemen penting dalam spektrum kesihatan, namun ramai mengabaikan tabiat pemakanan yang seimbang kerana gaya hidup yang sibuk dan kurang disiplin.

“Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 2 orang dewasa adalah berlebihan berat badan atau obes, 3 daripada 10 orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia.

“Diet berasaskan tumbuhan terbukti banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti merendahkan risiko penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetes, serta meningkatkan jangka hayat kita,” kata Indra.

Sempena kempen dan cabaran #HGEatGoodChallenge ini, turut menampilkan rakan usaha sama yang terdiri daripada kumpulan F&B seperti Epic Food Hall, KyoChon, Uncle Bob Sabah, Sheraton KL, EQ Hotel dan lain-lain yang akan menyediakan hidangan Nestlé Harvest Gourmet di restoran mereka untuk dijadikan pilihan para peserta sepanjang tempoh cabaran.

Menerusi cabaran ini, peserta dikehendaki menyediakan dan menghantar 15 hidangan Harvest Gourmet dan mencatatkan 120,000 langkah (purata 4,000 langkah sehari) dalam tempoh 30 hari untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah menarik, antaranya Apple Watch Ultra.

Peserta yang berjaya melengkapkan cabaran juga, akan menerima e-sijil daripada Nestle RELeaf.

Untuk mendapatkan resipi inspirasi hidangan dan juga maklumat lanjut tentang #hgeatgoodchallenge, boleh layari http://www.harvestgourmet.my/whatsnews-tips atau di @harvestgourmetmy .

IKLAN