Nasi Kabsah Kambing Memang Sedap Untuk Berbuka

Share

Biasanya kalau masak nasi kabsah ni mesti ada acara khas atau ada tetamu istimewa nak bertandang ke rumah. Memang berselera kalau dapat makan menu ni, buatnya pun tak susah. Beras yang digunakan mestilah beras special untuk masak nasi arab ataupun beriani.Bila masak akan cantik dan tidak hancur. Bila dah cantik mesti selera orang tak sabar nak makan. Boleh ikut resipi yang dikongsi ini.

NASI KABSAH KAMBING

Nasi:-
4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
2kg kambing
2 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun pandan
Daun ketumbar
3 sudu majerin

6 sudu besar minyak (nak tambah minyak sapi pun boleh.Kalau guna lagi sedap + bau wangi
4 sudu rempah kabsah

Cara masak:-
1. Tumis halia, bawang putih + merah yang dikisar dengan  rempah kabsah.Masukkan air ikut sukatan beras 4 cawan digandakan jadi 8 cawan. Sudah mendidih rebus daging kambing sampai lembut.
2. Rebus sampai daging kambing agak masak. Lepas tu, keluarkan daging kambing dan ketepikan
3.Masukkan beras dengan air rebusan tadi dalam rice cooker. Dan masukkan daging kambing susun di atas beras daun pandan,daun ketumbar.Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak.

Selamat mencuba.

Kredit resepi : Siti Mariam

IKLAN