Nasi Goreng Tom Yam Kaw. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi.

Share

Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm nasi putih
  • 4 ketul ayam | dipotong kiub
  • ½ sudu teh rempah tom yam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah | diketuk
  • ½ biji limau nipis
  • 20gm hirisan timun
  • 20gm hirisan lobak merah
  • 10gm tauge | hiasan
  • 1/2 biji tomato | hiasan
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

    CARA MEMASAK:

    1.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
    2.  Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika.
    3.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
    4.  Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata.
    5.  Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata.
    6.  Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.

IKLAN