Makan

Nasi Goreng Sambal Belacan, Resipi Sedap & Mudah Kegemaran Ramai

Share
Andai ada lebihan Sambal Belacan, jom masak Nasi Goreng Sambal Belacan yang sangat sedap ni untuk keluarga. Resipinya cukup mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Ringkas sahaja.
Bila masak guna lebihan makanan ni, barulah lebih jimat serta makanan tidak dibuang begitu sahaja. Enak pula tu. Memang berbaloi sangat untuk dicuba. Jom cuba resipi perkongsian saudari Har Ryea
ni. Pasti puas hati.

RESIPI NASI GORENG SAMBAL BELACAN SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Bawang besar
Sambal belacan
Garam & ajinomoto (jika perlu)
2-3 biji telur
Nasi secukupnya
Ikan bilis yang telah digoreng – beli online disini
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar serta bawang putih hiris sampai layu dan wangi.
2.Masukkan lebihan sambal belacan. Kacau lagi.
3.  Perasakan dengan garam serta aji dengan secukupnya jika perlu.
4. Bila tumisan kelihatan garing, pecahkan telur. Masak sekejap sambil pecah-pecahkan telur.
5. Masukkan nasi dan juga ikan bilis yang telah digoreng.
6.Gaul dan ratakan nasi dan masak sampai nasi goreng berwap.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Har Ryea

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN