Uncategorized

Nan Gua Bing, Kuih Tradisi Crispy’ Di Luar Cair Di Dalam

Share

Nan Gua Bing atau Traditional Chinese Pumpkin Cake merupakan salah satu daripada kuih tradisional bangsa Cina yang dihasilkan daripada tepung pulut dan labu.

Siapa suka labu, pasti sukakan kuih ini. Rasanya crispy di luar dan cair di dalam. Lemak manis. Taburan bijan pula buat tambah crunchy!

Ikuti perkongsian Puan Shahmila Radha dalam menghasilkan kuih Nan Gua Bing ini. Menurut rakannya yang berbangsa Cina, kalau hari cuti atau perayaan memang wajib buat. Resipi ini dah banyak kali guna, memang mudah dan selalunya menjadi.

Bahan-bahan:

1 biji labu (rebus dan lenyekkan anggaran 2 atau 3 senduk besar)

2 senduk tepung pulut – Boleh beli online di sini

1 sudu besar gula aising/ gula pasir – Boleh beli online di sini

Bijan putih – Boleh beli online di sini

Inti kacang merah (ready made)

Cara memasak:

Gaul semua bahan di atas. Jangan campur dengan air.

Dohnya jadi macam di bawah ni. Jika suka kuih ni lembut dan lebih rasa labu, boleh kurangkan sikit tepung pulut. Jika nak kuihnya keras sikit, lebihkan tepung pulut.

Buat bulat-bulat macam dalam gambar di atas dan ketepikan.

Letak sedikit tepung atas tapak tangan supaya tak melekat. Leperkan dulu, dan letak inti kacang merah di tengah.

Inti kacang merah ini boleh beli yang ready made. Inti di dalamnya boleh letak kacang merah, salted egg

dan ada juga yang letak pandan. Tapi, biasanya guna kacang merah.

Balut inti dan pastikan inti tak terkeluar. Guna inti kacang merah memang senang sebab tak cair.

Bila dah jadi bulat, leperkan semula. Jangan risau, inti takkan terkeluar. Ada sebab kenapa kuih ni bentuk leper. Bila leper, kuihnya akan masak sekata dan inti di dalam akan mencair.

Bila dah siap, salutkan pula dengan biji bijan depan dan belakang.

Tip: Letak sedikit pewarna kuning telur kalau nak warnanya jadi cantik keemasan bila digoreng.

Kuih ni boleh deep fry atau pan fry. Kalau nak kurangkan minyak  masa menggoreng pun boleh. Guna non stick pan fry dan goreng macam biasa.

Api sederhana, jangan terlalu kuat takut cepat hangus. Bila nampak warna bertukar coklat keperangan, kena cepat-cepat angkat.

Bila dah siap goreng, tapis dulu minyak. Nampak tak, intinya cair. Makan panas-panas memang ngam!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN