Nampak Menarik Roti Bunga Telang Ni, Nak Buat Pun Senang

Share

Resipi sedap dan mudah untuk roti bunga telang. Banyak bunga telang di rumah tu, kalau tak tahu nak buat ape, jom buat roti.

Hanya uli guna tanya saja dan bakar dengan air fryer. Nampak menarik kan roti yang dibuat Nana Ereena ni.

Dah macam rupa roti di kedai gitu. Jika belum pernah cuba, boleh mula buat hari ni.

 

ROTI BUNGA TELANG AIR FRYER

BAHAN A (WATER ROUX ATAU PELEMBUT DOH)

¼ cawan air bunga telang bancuh
1 sudu kecil tepung gandum – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA BUAT:

1. Masak dua bahan ini bersama sampai ia jadi pekat. Guna api kecil sahaja. Kemudian sejukkan.
2. Water roux (dalam gambar) hanya boleh digunakan pada suhu bilik sahaja.

BAHAN B

½ cawan air bunga telang suam
1 sudu besar mauripan – beli online di sini
2 sudu besar susu pekat (boleh ganti dengan gula) – beli online di sini
*Kalau nak buat roti manis, lebihkan gula
Sedikit esen vanilla
*Satukan semua bahan di atas

TONTON Dapur Live Rasa: Roti Wholemeal Walnut

TONTON  Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma

BAHAN C

2 cawan tepung gandum – beli online di sini
2 sudu besar marjerin – beli online di sini
Garam
1 sudu kecil baking powder – beli online di sini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA BUAT:

1. Gaul bahan C hingga, menjadi serbuk roti. Kemudian, masukkan bahan A (water roux). Ramas-ramas.
2. Masukkan bahan B. Uli hingga sebati.
3. Tambah lagi sedikit air (JIKA PERLU) sehingga dapat doh yang lembik tapi tidak melekat di tangan

(kalau doh keras, nanti roti kita tak lembut).


4. Rehatkan doh 45 minit. Dah naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbuk bagi keluar angin.
5. Sapu loyang dengan marjerin. Bulatkan doh. Rehatkan doh 40minit (kalau cuaca panas, cepat je naik).
6. Sapukan roti dengan marjerin. Taburkan oregano flake/rosemary (optional).


7. Panaskan air fryer selama 5 minit pada suhu 160C. Bakar roti selama 20 minit pada suhu 160C.
8. Jika guna ketuhar, panaskan dahulu. Bakar suhu 170C guna api atas bawah selama 30 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing. Dah masak, sapukan lagi marjerin cair.

Kredit resipi: Nana Ereena

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN