Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah bukan semata-mata boleh berlaku pada mereka yang berbadan gemuk atau berisi.Tak hairan sebenarnya jika mereka yang bertubuh kurus pun tinggi kolesterol.
Meskipun ia bukan dianggap penyakit, jumlah yang tinggi tetap mengundang bahaya pada tubuh. Ia boleh memberi komplikasi lain sehingga mampu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.
Sementara masih boleh diturunkan, cubalah usahakan dengan amalan pemakanan yang boleh membantu anda mengawalnya.
Perkongsian Lin Zalikha ini mudah saja. Wanita ini menjadikan jus minuman ini sebagai amalan harian untuk menurunkan paras kolesterol.
Ads
“Kawan saya Cina, bekas cikgu sekolah satu kelas pagi dengan saya. Dia bagi saya tip hanya guna dua bahan sahaja.” Katanya dalam status facebooknya.
Bahan-bahan:
30 ulas Bawang Putih – yang besar-besar
5 biji lemon – dipotong sekali dengan kulit
Ads
Cara-cara:
Kisar semua bawang putih dan lemon dengan 1 liter air.
Masak sampai mendidih.
Simpan dalam peti sejuk.
Amalkan Sebelum Sarapan
Setiap pagi ambil 10 atau 15 ml (lebih kurang 1 penutup plastik) dan minum.
Pada yang tak boleh minum, boleh campurkan dengan sedikit madu.
Nota
Bagi yang kolesterolnya tinggi boleh minum pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.
Inilah cara Kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ini paling mudah dan bagus.
Setiap kali ke pasar, pastinya geram melihat aneka sayur-sayuran segar yang dijual. Memang ralit memilih. Begitu juga jika pergi ke Cameron Highland. Sayur-sayuran antara yang wajib diborong. Namun bila dah banyak ni, macam mana pula nak pastikan ia boleh kekal segar dalam jangka masa yang lama? Petua dan panduan perkongsianAzlin Safena Azihar ini boleh anda cuba.
1. CARA SIMPAN SAYUR SUPAYA TAHAN LAMA
LANGKAH 1: Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.
Kalau sayur kangkung atau bayam, anda boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain , sebab bayam atau kangkung dia berpasir kan. Tak perlu potong pun akar dia , potong masa kita nak guna je.
Tapi macam Kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.
LANGKAH 2: Campur kan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita tu.
tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.
LANGKAH 3: Kemudian, toskan sayur sehingga kering.
LANGKAH 4: Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.
2. SERAI, LENGKUAS, HALIA & KUNYIT
Untuk lengkuas dan serai, boleh simpan dalam balang yang diisi air. Caranya:
i. Isi je air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau.
ii. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup.
iii. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.
3. DAUN SUP
Untuk daun sup, simpan dalam botol air je. Boleh juga guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Letak kat peti sejuk tau. Cara ini boleh bertahan sampai sebulan.
4. BAWANG
Jangan simpan bawang bersama ubi kentang kerana ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.
5. TOMATO
Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.
6. UBI KENTANG
Ubi kentang tak elok kena matahari secara terus sebab ia akan cepat rosak.Jadi untuk menyimpannya, letakkan di tempat yang tak panas atau simpan sekali dengan epal. Kentang akan lebih tahan lama bila dia disimpan bersama epal tau. Tak percaya? Cubalah.
7. CILI
Sebelum simpan cili merah dan cili hijau dalam peti ais, cabut tangkainya terlebih dahulu. Ini kerana tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. Jadi lepas patahkan tangkai, bungkus cili dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.
Kalau Kak Feena nak guna cili, Kak Feena akan ambil beberapa batang je yang lebih akak akan lap semula untuk pastikan dia sentiasa kering.
Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Tangan pijar memang kejadian biasa berlaku bila di dapur, terutama bila menggunakan cili.
Bila tangan dah panas memang rasa terlalu lama untuk hilang. Seksa hingga kita akan rendam atau cuci tangan dengan air.
Tapi kan guna air saja untuk hilangkan pijar sebenarnya silap. Ada perkara lain lagi yang perlu dilakukan untuk atasi rasa pijar ini. Caranya dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan.
Cara betul hilangkan tangan pijar, tak cukup guna air saja
“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
1. SUSU
Susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
2. MINYAK
Jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
3. CUKA
Capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
4. ALKOHOL
Capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
5. LOSYEN
Gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Beli ikan rebus di kedai tidak sama dengan yang dibuat. Ikan rebus style Kelantan mesti direbus dengan asam keping dan garam yang banyak supaya cukup rasa masam dan masinnya. Ikan direbus dengan air agak-agak tenggelam ikan sehingga air hampir kering supaya tiada rasa hanyir.
Ikan ini sesuai diguna sebagai lauk nasi berlauk atau sebagai lauk goreng dimakan dengan pulut kelapa parut. Kalau direbus dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak, lagi lah sedap.
RESIPI IKAN REBUS
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang
Asam keping
Garam kasar
Sedikit gula kabung
Air
CARA MEMASAK:
Masukkan asam keping, garam kasar dan sedikit gula kabung
Air paras tenggelamkan ikan, rebuskan. Jangan kacau ikan itu.
Bila air sudah menggelegak, tutup api. Tak perlu rebus terlalu lama. Hanya panaskan/perangatkan sahaja.
Tidak perlu masuk dalam peti ais. Cumat perangatkan sahaja hari-hari.
Jika air dalam periuk dah kering, tambah sikit air dan panaskan.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.