Perut kempis memang menjadi impian ramai wanita terutama mereka yang sangat pentingkan bentuk badan. Wanita yang menggunakan nama facebook Zana Mokhtar ini kongsikan resipi membuat jus detoks yang dikatakan boleh bantu kempiskan perut. Dia yang mesra dipanggil Kekna mengakui dengan minum jus ini, memudahan seseorang untuk buang air besar.
“Air detoks ni paling best dan sedap sangat tau. Setiap pagi memang Kekna akan minum air detok ni. Sebab bila lepas minum ni memang mudah nak membuang. . Sebenarnya setiap pagi, wajib kita membuang atau selepas 8 jam kita makan. Jika tak membuang, tu yang akan jadi toksin dan perut kita automatik akan membuncit.”
JUS DETOKS
BAHAN-BAHAN
1 liter air
1 biji oren atau lemon (dihiris)
1 keping asam keping
1 biji asam masin
1 inci halia (dihiris)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Rebus air.
2. Masukkan semua bahan dalam air. Biarkan mendidih.
3. Sejukkan dahulu sebelum diminum.
Untuk dapatkan kesan, kena konsisten minum air detoks ini.
Keliru tentang perbezaan Vegetarian dan Vegan. Bunyi hampir sama dan kedua-duanya berkaitan tentang gaya hidup atau diet berasaskan tumbuhan. Tetapi terma Vegetarian dan Vegan merujuk kepada cara makan yang berbeza.
Jika anda ingin tahu, vegetarian merujuk kepada seseorang yang tidak memakan daging binatang dan seafood. Pengamal vegetarian ini pula terbahagi pula kepada tiga jenis,Lacto- Vegetarian (memakan produk tenusu tetapi tidak makan telur),Ovo-Vegetarian (makan telur tetapi tidak makan produk tenusu) dan Lacto-Ovo-Vagetarian makan kedua-dua produk tenuysi dan telur. ini adalah diet vegetarian yang paling biasa diikuti.
Manakala Vegan, pengamal diet yang langsung tidak mengambil langsung sebarang produk tenusu dan telur, mahupun sebarang makanan yang diproses membabitkan bahan dari binatang. Malah orang Vegan juga tidak akan memakai pakaian yang dibuat dari bulu atau kulit binatang atau produk kecantikan yang telah diuji ke atas binatang.
Sama ada menjadi Vegetarian atau Vegan memang baik untuk kesihatan kerana tidak mengambil daging yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Namun bukan mudah untuk mengubah gaya hidup tanpa ada kesungguhan. Apa lagi sudah biasa dengan lauk pauk yang sedap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila aroma masakan mula menggoda selera, di tekak bagaikan terasa keenakan sehingga tidak sabar untuk makan. Di sebalik semua ini, rempah ratus dan bahan tumisan mempunai aroma yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Bagi mengeluarkan aroma ini, ada cara tertentu yang anda lakukan bagi memastikan masakan lebih sedap menyelerakan.
Titik – Serai, Halia Dan Lengkuas
Bahan penumis segar seperti serai, halia dan lengkuas lebih sesuai dititik sebelum sedia dimasukkan dalam masakan, terutama masakan yang berkuah seperti tomyam, gulai lemak dan kari. Dengan cara ini aromanya lebih bangkit. Atau masukkan semasa menumis jika masakan itu perlu ditumis terlebih dahulu.
Sangai (goreng tanpa minyak)
Rempah ratus berberbiji seperti ketumbar, jintan, buah pelaga dan jintan lebih sedap dan wangi bila disangai terlebih dahulu sebelum dikisar dan digunakan dalam masakan. Dengan berbuat demikian aroma rempah ratus akan menjadikan masakan lebih sedap. Rempah ratus yang telah disangai juga tahan lebih lama disimpan.
Dibakar –Belacan
Belacan sangat kuat baunya. Tetapi untuk mendapatkan rasa dan aroma lebih sedap sebaiknya bakar belacan sebelum digunakan dalam masakan. Mudah caranya, cucuk pada garpu atau lidi kemudian bakar menggunakan api dapur hingga ia berubah warna. Selain belacan, kunyit hidup juga lebih sedap jika dibakar, selain membantu menghilangkan bau maung ia akan memberikan warna kuning kunyit yang lebih menyerlah.
Koyak Atau Carik– Daun kunyit, pandan, limau purut dan salam.
Masakan yang ada campuran daun kunyit, pandan, limau purut atau daun salam, untuk membangkitkan aromanya, daun-daun tersebut perlu dikoyak atau dicarik dahulu sebelum dimasukan dalam masakan. Tujuannya untuk mengeluarkan baunya agar sebati dalam masakan. Masakan tomyam misalnya, ia rasa lebih sedap jika bangkit aroma daun limau purut dan serainya yang segar dan wangi.
Hiris Atau Simpul – Daun Bawang, Ketumbar & Saderi
Untuk mendapatkan aroma daun bawang, ketumbar dan saderi perlu dihiris. Biasanya semua daun ini dimasukkan di akhir masakan atau semasa masakan dihidangkan. Tetapi jika anda tidak suka akan rasanya, aroma masih boleh dimasukkan dalam masakan dengan cara menyimpul dan masukkan dalam masakan agar rasa dan aromanya lebih sedap dan wangi.
Dilarutkan – Asam Jawa
Asam Jawa sebaiknya dilarutkan dahulu dengan air suam sebelum sedia dimasukkan dalam masakan. Tujuannya bancuhan air asam akan lebih mesra dengan masakan dan memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Bagaimana pun sekarang sudah ada asam jawa yang dijual dalam bentuk pes, Pun begitu sebaikknya anda bancuh juga terlebih dahulu.
Diharapkan dengan sedikit makluman ini, anda boleh amalan semasa memasak, agar rasa dan aroma masakan lebih sedap dan mantap.
Selamat mencuba!.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lepas ni kalau korang makan apa sahaja jenis limau, jangan buang kulitnya kerana buah yang kaya dengan vitamin C ini, kulitnya juga boleh dimanfaatkan untuk dipelbagaikan kegunaannya di dapur anda. Untuk membuktikannya, anda kena cuba.
Menyegarkan Ruang Dapur
Limau terkenal dengan aroma yang menyegarkan, oleh itu jangan sia-siakan kulitnya , kupas dengan elok kemudian letak di beberapa sudut dapur. Dengan cara ini ia aromanya akan menyegarkan ruang dapur.
Menghalau Serangga
Selain menghasilkan aroma segar, kulit limau juga boleh menghalau serangga seperti lipas dan semut. Ia kerana serangga ini tidak menyukai aroma sitrus, jadi anda boleh letakkan kulit limau di tempat-tempat spot serangga. Berita baiknya anda tidak perlu keluarkan duit untuk halau serangga.
Menuteralkan Bau Tidak Menyenangkan
Ada bau tidak menyenangkan di ruang dapur kerana sampah basah terlupa buang atau bau hanyir selepas cuci ikan atau ayam. Maka penyelesaian mudah letakkan kulit limau di beberapa sudut dapur, secara tidak langsung bau kulit limau akan menuteralkan bau hanyir atau tidak sedap di dapur anda.
Membersihkan Ketuhar
Bahagian dalam ketuhar kerap kotor terutama selepas korang memanggang ikan, ayam atau sebagainya. Cara paling mudah membersihkannya adalah dengan menggosokkan kulit limau yang masih segar di bahagian dalam ketuhar kotor, kemudian bersihkan dengan kain lap basah. Hasilnya, kesan memanggang segera hilang.
Diharapkan dengan lima mafaat mengujakan dari kulit limau . Maka selepas ini jangan dibuang kulit liamu selepas memakannya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!