Nak Merasa Pesamah Daging, Kini Tak Perlu Tunggu Kenduri Kahwin

Share

Adakala, jika teringin menikmati nasi lauk kenduri, kita boleh masak sendiri saja jika tiada jemputan. Nikmat betul dapat merasa pesamah daging, bersama nasi minyak dan acar jelatah.

Menurut Qasih Jue Aisyah yang berkongsikan resipi Pesamah Daging, sebelum ini pesamah daging terkenal di sebelah utara. Hanya boleh dinikmati jika ada majlis kenduri kahwin. Kini, masakan ini semakin sukar untuk ditemui pesamah daging dan nasi minyak kuning ini. Jadi, jika teringin bolehlah masak sendiri.

Jom ikuti perkongsian resipi Pesamah Daging daripada Qasih Jue Aisyah yang tampak begitu menyelerakan ini.

PESAMAH DAGING

BAHAN-BAHAN:

1kg daging (potong 10 ketul)

BAHAN TUMIS:

½ cawan minyak masak

2 sudu besar minyak sapi – Boleh beli online di sini

3 ulas bawang merah (dimayang)

3 ulas bawang putih (dimayang)

3cm halia (potong mancis)

Kulit kayu manis – Boleh beli online di sini

Buah pelaga

Bunga lawang – Boleh beli online di sini

Bunga cengkih 

2 helai daun pandan (disimpul)

3 tangkai daun kari

BAHAN KISAR:

2 labu besar bawang besar

5 ulas bawang putih

5cm halia

1 sudu teh serbuk lada hitam kasar – Boleh beli online di sini

BAHAN LAIN:

1½ bungkus rempah kari daging – Boleh beli online di sini

Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung – Boleh beli online di sini

1 cawan santan pekat

1 cawan susu cair 

3 sudu besar kerisik

Air asam jawa secukupnya

Sedikit garam

CARA MEMASAK:

Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.

Panaskan minyak masak dan tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.

Masukkan daging yang digaul tadi. Tambahkan air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Bahagian ini mengambil masa yang agak lama, lebih kurang sejam lebih sebab nak renehkan daging sampai lembut.

Apabila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.

Masak lagi dengan api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat.

Dah siap.

Untuk membuat nasi minyak pula, masak nasi seperti biasa. Cuma letakkan sedikit pewarna kuning.

Dinikmati juga dengan acar/ jelatah.

Selamat mencuba.

Kredit: Qasih Jue Aisya

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN