Ads

Nak Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap? Begini Rupanya Cara Masak Betul

Masakan Mi Goreng antara yang juadah yang paling senang dan cepat untuk dihidangkan kepada keluarga. Kena pula dengan mi goreng basah yang menyelerakan, memang bertambahlah makannya. Tapi macam mana nak bagi mi goreng basah bertambah sedap? Jom kita buat ikut resipi dan tips masakan ni. Pasti puas hati.

CARA MUDAH MASAK MI GORENG BASAH SEDAP

Nak Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap? Begini Rupanya Cara Masak Betul

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket mi kuning 
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 sudu makan MAGGI® Sambal Tumis
  • Lauk – ikut citarasa termasuklah ayam cincang/udang/daging/telur
  • Sayur – sawi/tomato

BAHAN SOS & PERASA:

Ads

5 sudu makan  MAGGI® Sos Cili 
1 sudu makan MAGGI® Sos Tomato
2 sudu makan MAGGI® Sos Tiram
1sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
1sudu makan sos ikan
1/2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
1 sudu makan gula atau secukup rasa
½ sudu teh perasa (jika suka)
1/2 cawan air

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang holland dan MAGGI® Sambal Tumis. Kacau rata.
  3. Masukkan lauk pauk. Tumis lagi. Letak sedikit air dan semua sos serta perasa. Kacau sebati.
  4. Udang masuk kemudian pun tak apa.
  5. Pecahkan telur dan masukkan mi. Kacau lagi sehingga semuanya bergaul rata.
  6. Masukkan sayur, kacau sebati. Siap!

 

PETUA NAK MI GORENG SEDAP:

  1. Guna sos-sos dengan mencukupi, jangan kedekut bahan.
  2. Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat!
  3. Bawang putih kena banyak, tumbuk kasar-kasar.
  4. Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mi. Ia lagi membangkitkan rasa.
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi RENDANG DINDING PERAK Sedap, Air Tangan Toh Puan Raja Noora...

Berdarah keturunan bangsawan dari Negeri Perak, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah yang juga merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-9, Tun Ramli Ngah Talib ini ada berkongsi resipi untuk membuat Rendang Dinding Perak ini.