Nak Keria Rasa Crunchy Di Luar Lembut Di Dalam, Tambah Satu Bahan Ni

Share

Kuih keria sememangnya menjadi kegemaran ramai, lebih lagi yang bersalut gula Melaka. Kuantiti tepung dan keledek perlulah seimbang untuk memastikan kuih keria ini sedap, lembut dan rasa crispy di luarnya dan lembut di dalamnya. Barulah sedap!

Pembuatannya tidak lah begitu sukar jika tahu resipi, teknik serta tips yang betul. Kalau beli kuih ini di gerai, memang tak cukup kalau beli sedikit. Sekali hadap, tentu habis.

Kali ini, Inul Daroji sudi berkongsi resipi kuih mini keria yang kelihatan begitu enak sekali. Saiznya lebih kecil sedikit berbanding keria biasa. Comel je. Jom kita cuba. Buat sendiri, lebih puas hati dan dapat lebih kuantitinya.

BAHAN-BAHAN:

3-4 biji keledek (saiz sederhana) 

5 sudu besar tepung gandum – Boleh beli online di sini

1 sudu kecil baking soda – Boleh beli online di sini

1 sudu kecil garam – Boleh beli online di sini

Bahan buat salut:

¼ gula merah atau gula kabung – Boleh beli online di sini

1 sudu gula pasir

½ cawan air

Daun pandan

CARA MEMASAK:

Rebuskan dulu keledek. Kemudian, lenyekkan.

Tambahkan tepung gandum, baking soda

dan garam. Uli adunan hingga tak melekit pada jari.

Kemudian, bentukkan adunan membulat dan berlubang di tengahnya. Gunakan jari sahaja.

Selepas selesai semua, panaskan minyak dan bolehlah digoreng keria tadi hingga bertukar warna gelap sedikit. Ketepikan.

Keria ini akan nampak crunchy di luar, lembut di dalam. Tips untuk keria rasa crunchy bila dimakan, letakkan baking soda kira-kira hujung sudu dalam adunan ketika diuli.

Kemudian, buatkan sira untuk menyira keria goreng tadi.

Masukkan bahan-bahan untuk menyira seperti di atas, Setelah gula larut dan agak likat, masukkan keria tadi dan balik-balikkan sehingga menyaluti kesemuanya.

Selamat mencuba resipi ini.

Kredit: Inul Daroji

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN