Nak Buat Sosej Ayam Bersayur Secara Homemade? Ini Caranya

Share

Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Daripada membazir, lebih baik anda hasilkan menu yang sedap dan mudah menggunakan bahan ni. Sosej ayam homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa tambahan dan ada sayur bagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Naa Rohzurina

ni. Memang terbaik!

RESIPI SOSEJ AYAM + SAYUR

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji ubi kentang – dipotong
  • 4-5 keping dada ayam – hiris kecil
  • 2 biji telur
  • Sayuran kegemaran secukupnya (empunya resipi letak daun sup dan lobak merah)
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 4-5 ulas bawang putih – dihiris
  • Sedikit serbuk lada hitam – beli online DISINI
  • Sedikit lada sulah – beli online DISINI
  • Garam secukup rasa – beli online DISINI
  • 4 sudu makan tepung ubi (bancuh dengan 1/2 gelas air) – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.

 

2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ( boleh juga guna plastic tahan panas atau apa-apa jenis plastik yang boleh direbus). Ikat hujung kiri dan kanannya. Rebus dalam 10-15 minit.

 

3. Bila masak, keluarkan dari plastik dan boleh digoreng.

 

4. Sedia untuk dinikmati. Lebihan sosej boleh disimpan dalam bekas bersesuaian dan disejukbekukan.

 

Kredit resipi & foto: Naa Rohzurina

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN