Nak Bagi Pokok Tomato Berbuah? Guna Trik ‘Jentik Bunga’ Pasti Menjadi

Share

Apabila menanam sendiri pokok tanaman di rumah, pasti inginkan hasil yang menggembirakan hati kan. Namun tak semuanya menjadi seperti yang kita inginkan.

Contohnya pokok tomato. Belum sempat nak membesar dan berbuah, pokok pula layu dan tak sempat nak tengok hasilnya.

Namun menurut perkongsian daripada Mysarah Mk ini, pokok tomato memerlukan penjagaan rapi barulah dapat hidup dengan subur.

Jom kita ikuti trik dan tips yang dikongsi Mysarah Mk.

NAK KONGSI PENGALAMAN SAYA TANAM TOMATO

1. Pokok tomato perlukan sokongan

sebab batang dia lembut (contoh: ikat pada kayu pancang/pagar)


2. Teduhan: Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas **(ni paling penting. Saya tanam kali kedua tak berapa menjadi sebab tak ada teduhan dah, pokok besar tu dah kena tebang)


3. Pendebungaan: perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.


4. Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato ni cepat layu kalau panas dan jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam dan ezigrow.


5. Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu.


6. Buah perlu balut, kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.


7. Daun yang kering/rosak perlu buang. Tinggalkan daun yang elok sahaja.

Antara pokok tomato yang pernah saya tanam, bertahan hampir 9 bulan dan berbuah hampir 100 biji. Cuma jangan gunakan tali rafia

untuk ikat pokok macam saya sebab lama-lama tali tu reput, kena ganti tali lain.

Saya dah tak tanam tomato sekarang sebab dah tak sempat belek pokok-pokok yang cerewet seperti ni. Sekarang ni tanam pokok yang senang bela je seperti pokok bendi.

Kredit: Mysarah Mk

Anda ada banyak tips memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda!

Nak kongsi tips masakan anda? Klik DI SINI untuk penyertaan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN