Kali ini RASA ingin kongsikan resipi mufin lemon yang sangat senang untuk dibuat. Boleh pula bakar menggunakan air fryer sahaja.

Mufin dalam dalam bahasa Inggeris dieja sebagai muffin. Dalam bahasa Melayu, ejaannya adalah mufin ataupun turut sama ertinya dengan baulu.

Jom kita lihat resipinya.

MUFIN LEMON LEMBUT GEBU

Mufin Lemon, Senang Betul Masak Guna Air Fryer Saja

BAHAN-BAHAN
1 cawan gula halus
2 sudu kecil parutan kulit lemon
1/2 cawan mentega
2 sudu besar jus lemon
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar minyak jagung
1 1/2 cawan tepung kek superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan buttermilk

CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan gula halus dan parutan kulit lemon. Gaul sekata.
2. Masukkan mentega. Satukan sebaiknya dengan gula dan parutan kulit lemon.
3. Masukkan jus perahan lemon. Gaul lagi.
4. Masukkan sebiji telur ayam. Gaul lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan sebiji lagi telur. Kacau lagi.
5. Masukkan pula esen vanila dan kacau sehingga telur kembang.
6. Minyak jagung dimasukkan apabila telur telah kelihatan kembang dalam adunan.
7. Ayak tepung kek bersama serbuk penaik. Kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaul menggunakan wisk supaya adunan sebati.
8. Masukkan garam dan buttermilk. Kemudian kacau perlahan sahaja. Ketepikan.
9. Ambil acuan silikon cup. Sapu dengan sedikit mentega. Masukkan adunan ke dalam acuan.

Mufin Lemon, Senang Betul Masak Guna Air Fryer Saja
Isi 3/4 acuan sahaja. Nanti mufin akan kembang lepas dibakar.

10. Bakar menggunakan air fryer sahaja pada suhu 160 darjah selama 30 minit. Sementara menunggu muffin masak, kita buat Lemon Glaze dahulu.

Mufin Lemon, Senang Betul Masak Guna Air Fryer Saja
Letak macam ni dalam air fryer.
Mufin Lemon, Senang Betul Masak Guna Air Fryer Saja
Dah masak!
Mufin Lemon, Senang Betul Masak Guna Air Fryer Saja
Cantik kejadiannya kan.

BAHAN LEMON GLAZE
Gula aising
Jus lemon

CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, satukan gula aising dan jus lemon.
2. Kacau sebati. Jangan terlalu cair.
3. Siap

CARA MENGHIDANG
1. Ambil seketul mufin. Letakkan atas piring.
2. Sapukan sedikit lemon glaze ke atas mufin.

Mufin Lemon, Senang Betul Masak Guna Air Fryer Saja
Sedapnya ada lemon glaze tu.
Mufin Lemon, Senang Betul Masak Guna Air Fryer Saja
Gebu, lembut!

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/R8Qd-Ub-jZI

Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI