Mudahnya Buat Roti Sekaya. Sesuai Untuk Menu Minum Petang!

Share

Jika anda mahukan hidangan minum petang yang ringkas, boleh hidangkan roti bersama pencicah sekaya. Memang sedap dimakan panas-panas. Anak-anak pasti suka rasanya yang manis berlemak itu. Ayuh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Elyani Khai.

ROTI SEKAYA

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • 1 kotak santan atau 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Gula
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar daun pandan bersama secawan air. Tapis dan ambil airnya sahaja.

2. Bancuh semua bahan bagi sebati.

3. Kemudian, letakkan di atas dapur dan biarkan ia mendidih.

4. Kacau selalu agar tidak berketul.

5. Siap.

 

INFO TAMBAHAN:

  • Sedap dimakan bersama roti. Guna roti Gardenia pun boleh. Kukus dahulu sebelum dihidang.

 

Kredit resipi & foto: Elyani Khai

 

Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN