Mudah & Sedap. Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran

Share

Sesekali masak hidangan istimewa untuk keluarga, memang puas hati. Enoh-lebih lagi kalau suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera. Terasa nak cuba masak Nasi Briyani Udang di hari ni? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah dan ringkas yang boleh puan-puan cuba. Nampak sedap dan macam yang jual dekat restoran kan? Jom cuba!

 

RESIPI NASI BRIYANI UDANG RINGKAS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras basmathi – dibersih dan rendam 30 minit
  • 5 ulas bawang merah kecil – mayang halus
  • 3 ulas bawang putih – mayang halus
  • 1 inci halia – mayang halus
  • 1 batang serai – dititik
  • 1-2 helai daun bay (beli online disini)
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji cili merah – dipotong besar
  • 250gm udang besar -dibuang kulit
  • 2 sudu makan rempah biryani
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak (beli online disini)
  • Rempah 4 sekawan
  • Kismis dan kacang gajus secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna kuning telur (beli online disini)
  • 2 ½ cawan air – untuk masak nasi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan.


2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.


3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.


4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.


5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.

Kredit resipi & foto: Eaim Lyna

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN